Netflix Membuang 300 Lagi Pekerja

TechnologyDigital
25 Jun 2022 • 10:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Netflix mengalami pengurangan pelanggan pada suku yang lalu selepas dunia mula dibuka semula. Ini menyebabkan saham syarikat jatuh dan Netflix membatalkan beberapa projek animasi, filem dan juga mengurangkan tenaga pekerja sebagai langkah mengurangkan kos operasi. Terkini menurut laporan Variety, Netflix membuang sekitar 300 lagi pekerja mereka dengan sebahagian besarnya di Amerika Syarikat.

image is not available

Pengurangan nilai saham sehingga 70% berbanding bulan Januari memaksa syarikat untuk lebih bijak dalam perbelanjaan. Hanya semalam CEO Netflix Ted Serrandos mengesahkan syarikat akan memperkenalkan langganan lebih murah dengan sokongan iklan buat pertama kali. Ini diharap dapat membendung isu pelanggan yang membatalkan langganan mereka kerana kos yang semakin meningkat.

Tidak seperti tiga tahun yang lalu, Netflix kini mempunyai pencabar seprti Disney+, HBO Max, Peacock dan Paramount+ di Amerika Syarikat. Kandungan popular seperti Friends misalnya mula ditarik dan ini mendatangkan kesan kepada Netflix yang tidak mempunyai kandungan legasi klasik yang diminati ramai pelanggan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved