Netizen Anggap Juri Pekak Dan Buta, Hazrul Nizam Dianggap Layak Menang Berbanding Shila Amzah 

Music
14 Nov 2022 • 10:07 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Makin hampir ke pertandingan akhir, makin terasa panas pula program Gegar Vaganza Musim 9 (GV9) dengan pelbagai kisah di belakang tabir dan keputusan mingguan konsert yang tidak diduga sehingga menimbulkan kecaman di kalangan netizen. 

Konsert minggu kesembilan GV9 yang berlangsung malam tadi juga tidak terkecuali menjadi bahan untuk netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka  apabila Shila Amzah yang membawakan lagu Survivor yang dipopularkan Destiny’s Child diangkat sebagai pemenang. 

Rata-rata netizen mengkritik pemilihan Shila dan melabelkan juri sebagai pekak dan buta kerana memberikan laluan kepada penyanyi wanita itu untuk menang walaupun persembahannya yang diberikannya pada malam itu tidak seberapa. 

Mereka berpendapat penyanyi daripada Singapura iaitu Hazrul Nizam lebih layak untuk menang, selain daripada Jaclyn Victor. 

Namun, persembahan Hazrul lebih menjadi tumpuan pada malam itu kerana dia  dilihat cukup menyerlah membawakan lagu Writing’s On The Wall daripada Sam Smith. 

Seperti yang diketahui, lagu Sam Smith kebanyakannya sukar untuk dibawa, tetapi Hazrul bukan sahaja telah membawakan lagu itu dengan caranya yang tersendiri tetapi mempersembahkan lagu itu dengan baik sekali. 

Atas sebab itu, ramai yang menganggap juri mempunyai agenda sendiri untuk memilih Shila sebagai pemenang. Tidak kurang juga yang melabelkan Shila sebagai anak emas Astro. - Getaran, 14 November 2022