Netizen Anggap Kenyataan Jung Woo Sung Tak Pernah Mencintai Moon Ga Bi Keterlaluan

Entertainment
17 Dec 2024 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terpalit dengan kontroversi sebelum ini, pelakon tampan dari Korea Selatan, Jung Woo Sung sekali lagi menjadi tumpuan netizen kerana pengakuannya yang netizen anggap agak keterlaluan.

Seperti yang kita sedia maklum, pelakon filem Scarlet Innocence itu mempunyai seorang anak hasil hubungan dengan model Moon Ga Bi dan Woo Sung mengakui serta sedia bertanggungjawab.

Bagaimanapun, sumber melaporkan bahawa Jung Woo Sung memberitahu bahawa dia tidak mencintai Ga Bi dan enggan berkahwin dengannya.

Pengakuan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang menyifatkan Woo Sung tidak sensitif dan tingkah laku sebegitu pasti akan memberikan kesan terhadap anak mereka pada masa hadapan.

image is not available

“Saya kasihan dengan anak dia. Bayangkan bila dewasa nanti anak itu akan tahu bahawa dia adalah cahaya mata daripada hubungan skandal yang menggemparkan seluruh negara.”

“Adakah dia (Woo Sung) bangga mempunyai anak dengan seorang wanita yang dia tidak cintai? Anak yang dilahirkan itu nanti benar-benar layak mendapat simpati ramai,” antara komen netizen.

image is not available

Sebelum ini, Woo Sung mendedahkan dia adalah bapa kandung kepada anak model, Ga Bi sudah berjumpa dengan Ga Bi untuk melakukan perbincangan mengenai anak mereka itu.

Moon Ga Bi dan Jung Woo Sung dilaporkan mulai rapat pada tahun 2022 namun tidak pernah menjalinkan hubungan secara rasmi.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.