Netizen Bangladesh Tuntut Keadilan Pempengaruh Dilanggar Pemandu Mabuk

LocalGaming
24 Apr 2026 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Netizen Bangladesh Tuntut Keadilan Pempengaruh Dilanggar Pemandu Mabuk

image.png

Rata-rata pengikut pempengaruh permainan video terkenal Advance Gaming dari Bangladesh, Muzahid Millad, 22, menuntut keadilan di atas kematian pempengaruh itu selepas dia terbunuh  ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Muzahid terbunuh dalam satu kemalangan di  Lebuhraya Maju Expressway (MEX) gara-gara dirempuh pegawai tentera yang disyaki mabuk. 

Bagaimanapun, Isterinya, Nafisa Tabassum Adiba, 23, dilaporkan cedera. Pasangan berkenaan yang berasal dari Habiganj, Bangladesh, dilaporkan baru tiba di Malaysia untuk bercuti selama seminggu di ibu negara.

Kematian Muzahid sekali gus mencetuskan gelombang kesedihan dalam kalangan komuniti permainan dalam talian Bangladesh.

Di media sosial, tanda pagar seperti #JusticeForMuzahid, #JusticeForAdvanceGaming dan #BangladeshDemandsJustice mula tular, dengan ramai menuntut tindakan tegas terhadap pelaku.

Terdahulu, polis menahan seorang anggota tentera berusia 31 tahun yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga mengakibatkan kemalangan maut itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun serta denda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

SUMBER: BERITA HARIAN 

View Original Article