Netizen Bengang Tengok Individu Dera Kanak-Kanak, Kena Tampar Dan Cubit Sampai Terangkat!

Entertainment
29 Nov 2022 • 1:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes penderaaan kanak-kanak semakin berleluasa bukan sahaja di Malaysia namun, di seluruh dunia. Perkara ini sepatutnya dititik beratkan dalam masyarakat setempat agar dapat meningkat kesedaran umum.

Penderaan kanak-kanak bukan sahaja memberi kesan dari aspek fizikal kepada mereka, tapi ia juga memberikan impak besar terhadap perkembangan emosi mereka.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di Twitter melalui akaun @isusemasaviral, memaparkan seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa dera dan dikasari oleh seorang individu sehingga menyebabkan dia menangis kesakitan.

Ditampar dan dicubit berkali-kali

image is not available

Menurut laporan mStar, mangsa bukan sahaja diketuk pada bahagian kepala, malah turut ditampar wajahnya.

Daripada video itu juga, kelihatan tubuh kanak-kanak tersebut terangkat apabila dia dicubit dengan kasar di bahagian dada.

Lebih teruk lagi apabila, kepala mangsa terbabit turut ditekup ke bahagian celah kangkang pelaku apabila kanak-kanak itu enggan berhenti menangis.

image is not available

Melalui video berkenaan, pelaku dilihat berkali-kali menyuruh mangsa agar diam ketika mereka sedang berehat di bahagian beranda sebuah kediaman.

Berdasarkan dialek yang digunakan oleh si pelaku, kejadian itu dipercayai berlaku di negeri Sabah, namun ada juga yang menyatakan insiden tersebut berlaku di Sulawesi, Indonesia, menurut mStar.

Korang boleh tengok video asal kat SINI.

Netizen berasa bengang terhadap si pelaku

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa bengang dan menyelar tindakan keji si pelaku yang dianggap tidak berperikemanusiaan dan ramai juga netizen yang menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera agar keadilan dapat berpihak kepada mangsa.

image is not available

Semoga keadilan berpihak kepada si mangsa…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.