Netizen Bengang TV Harga RM3,000 Rosak Gara-gara ‘Lato-lato’ RM5!

Entertainment
14 Feb 2023 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak akhir-akhir ini, kerap kali kita dengar mengenai keburukan permainan lato-lato yang sangat digemari oleh golongan kanak-kanak.

Selain mendatangkan pencemaran bunyi, lato-lato juga pernah mengakibatkan kecederaan kepada pemainnya dan yang terbaru, ada seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila televisyen miliknya rosak akibat permainan tersebut.

“Disebabkan lato-lato RM5, rosak TV RM3K”

Menerusi posting yang dikongsikan di Twitter, individu ini meluahkan rasa kesal apabila skrin televisyen yang bernilai RM3,000 pecah gara-gara terkena ‘libasan’ lato-lato.

Menurutnya, lebih baik jika ibu bapa yang mempunyai anak yang aktif untuk ‘invest’ sedikit wang membeli screen protector untuk televisyen bagi mengelakkan kejadian tak diingini seperti ini berlaku.

Menangis weh nak repair, nak selamat korang yang ada anak tengah melasak tu pakai la screen protector TV. Jimat duit nak merepair,” katanya.

Jangan bawa lato-lato pergi beraya – Netizen

Posting di atas ternyata membuatkan rata-rata netizen tidak senang duduk dan ada di antaranya juga bimbang jika kanak-kanak membawa mainan tersebut bila beraya di rumah mereka nanti.

image is not available

Sebaiknya mak dan ayah laranglah anak tu main lato-lato kalau datang ke rumah orang. Kalau anak kecil lagi, elakkanlah main benda tak berfaedah ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article