Netizen Berang Dengar Lelaki ‘Penunggang Agama’ Ini Layan Isteri Hamil Macam Hamba

14 Jul 2022 • 3:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Lelaki apa macam ni. Sebelum kahwin, sorok wajah syaitan. Dah kahwin keluar tanduk kat kepala,” – Netizen

Netizen Berang Dengar Lelaki ‘Penunggang Agama’ Ini Layan Isteri Hamil Macam Hamba. Sedangkan lidah lagi, inikan pula hidup berumah tangga. Namun, tidak semua pergolakan rumah tangga dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Lebih malang, salah seorang daripada pasangan ini bertindak zalim dan kejam.

Inilah luahan yang disampaikan oleh seorang wanita menerusi perkongsiannya di laman Facebook. Sehingga kini, perkongsian beliau telah tular dan mendapat lebih daripada 2,000 shares di platform terbabit.

image is not available
Netizen Berang Dengar Lelaki ‘Penunggang Agama’ Ini Layan Isteri Hamil Macam Hamba. Sumber: FB Fzni Rose

Suami zalim, malukan isteri di khalayak ramai

Menurut beliau, suaminya yang juga merupakan seorang tentera telah bertindak zalim ke atasnya dengan pelbagai perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang suami. Antaranya seperti memukul, mencaci, menghina dan membiarkan isterinya tidak makan selama berhari-hari.

Ujarnya lanjut, suaminya juga hanya muncul apabila dicari. Malah, wanita ini juga sering menerima dihina dan ditengking oleh si suami di khalayak ramai di pelbagai tempat seperti di kedai makan dan hospital. Lebih memilukan, suaminya melabelkan wanita ini sebagai ‘boros’ dan ‘menyusahkan’ setiap kali beliau meminta wang untuk keperluan harian.

Mental terjejas akibat perlakuan suaminya

Keganasan domestik rumah tangga yang dihidapi olehnya menyebabkan si isteri kini menerima rawatan di Hospital Sentosa akibat penderaan mental oleh sang suami. Apatah lagi, kini wanita berkenaan sedang hamil dan cuba menguatkan diri demi anak yang tidak bersalah dalam kandungannya.

image is not available
Sumber: FB Fzni Rose

image is not available
Sumber: FB Fzni Rose

Pihak atasan ‘cover’ si suami, berlagak bujang di media sosial

Dalam keadaan beliau sarat mengandung itu juga, suaminya hilang dan sering tidak pulang ke rumah. Dakwa wanita ini juga, suami ‘ustaz’ nya itu langsung tidak menjawab panggilan dan pesanan Whatsapp sehingga wanita ini bersama ibunya sanggup pergi ke tempat kerja suami untuk mengetahui keberadaan lelaki berkenaan.

Malang baginya, pihak atasan di tempat kerja tersebut juga seolah-olah menyalahkan wanita berkenaan yang dikatakan ‘bermasalah’.

Suami wanita ini juga berlagak seperti orang bujang di laman media sosial tetapi bertegas mahu mengambil anak dalam kandungan setelah ia dilahirkan kelak. Kekecewaan wanita ini seperti tidak dapat diselindungkan lagi apabila beliau mempersoalkan keadilan seorang suami yang kononnya alim, penuh ilmu agam di dada namun tidak mampu melayan isteri dengan baik.

image is not available
Sumber: FB Fzni Rose

Netizen gesa buat aduan kepada pejabat agama

Rentetan daripada kisah yang dikongsikan oleh wanita ini, ramai yang mengecam tindakan ‘pengecut’ suaminya dan mendoakan agar si isteri dipermudahkan urusan untuk mengharungi dugaan hidup yang dilaluinya.

Tidak kurang juga, ada yang menasihati untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pejabat agama.

image is not available
Sumber: FB Fzni Rose

image is not available
Sumber: FB Fzni Rose

Semoga kisah ini menjadi pengajaran, tidak kira lelaki mahupun wanita di luar sana yang sudah atau akan berumah tangga. Jagalah pasangan anda dengan sebaiknya, kerana mereka adalah amanah daripada keluarga mereka yang telah menjaganya dengan baik dari kecil. Wallahualam.

Lagi kisah duka pasangan berumah tangga yang mesti anda jadikan pengajaran: