Netizen Berbalah, Koleksi Beg Terbaru Christy Ng Dituduh Tiru Brik? – “Tapi Design Ni Berlambak Dekat ‘Beg Oren’..”

10 Jul 2025 • 3:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di platform Threads, seorang netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan koleksi terbaru yang dikeluarkan oleh jenama lokal dikenali ramai iaitu Christy Ng.

Christy Ng dikecam tiru beg Brik?

Dapat dilihat dalam hantaran tersebut, koleksi beg terbaru Christy Ng dikatakan seakan-akan sama dengan jenama beg lokal, Brik.

image is not available

Hal tersebut mendatangkan rasa kurang senang dikalangan warganet kerana merasakan Christy Ng meniru ‘bulat-bulat’ design jenama lain.

image is not available

image is not available

image is not available

Susulan didakwa meniru, warganet merasakan jenama Christy Ng perlu mempunyai kreativiti mereka untuk design beg sendiri.

Ramai ‘back-up’ Christy Ng

Bagaimanapun, dalam pada masa yang sama, ada juga yang berpendapat jenama Brik turut meniru design beg daripada jenama syarikat lain.

image is not available

image is not available

image is not available

Malah, sebelum dijual, design beg sedemikian sudah banyak dijual di platform e-dagang yang dikenali seperti Shopee serta Lazada.

Sekadar info, Christy Ng, baru-baru ini, baru saja mengeluarkan koleksi terbaru mereka yang digelar sebagai Dolly Bag, di mana ia mempunyai dua saiz yang berbeza iaitu mini dan large.

image is not available 2024-07-03 17:51:16

"Kami Teruja Untuk Kembangkan Jenama Di Borneo" - Christy Ng Umum Pembukaan Kedai Pertama Di Sabah