Netizen Dah Mula Nampak Ada Yang Tak Kena Dengan Alif Teega Dan Aisyah Hijanah?

7 Jan 2024 • 3:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sejak kebelakangan ini, kisah rumah tangga pempengaruh, Aisyah Hijanah sering menjadi bualan selepas suaminya, Alif Teega kahwin lagi satu dan buatkan ramai yang bersimpati atas nasibnya.

Walau bagaimanapun, lain pula jadinya sekarang ni sebab ada segelintir netizen dah mula rasa ‘muak’ , tambah lagi apabila Aisyah Hijanah dan Alif Teega akan lancarkan sebuah lagi mereka bersama tak lama lagi dengan tajuk Teristimewa.

image is not available

Ada juga yang sudah mula menganggap Aliff dan Aisyah sengaja menjadikan isu rumah tangganya ‘panas’ demi konten di media sosial semata-mata.

Bukan tu jer, netizen juga ada yang sudah ‘masak’ dengan perangai influencer yang kononnya diduga tetapi selepas itu mengeluarkan lagu baru dan sebagainya.

Untuk pengetahuan, rumah tangga pasangan influencer ini tular selepas Alif mendedahkan dirinya sudah berkahwin satu lagi bersama wanita bernama Fatin.

Apapun kita taktahu apa sebenarnya disebalik yang terjadi, jangan cepat menuduh yang bukan-bukan. Tak baik tau!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.