Netizen dakwa lebih percayakan kenyataan Fazura -“Hanya isteri kenal suaminya sendiri..”

LocalEntertainment
7 Oct 2024 • 1:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Berita penceraian mengenai pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin ternyata mengejutkan ramai pihak terutamanya dalam kalangan peminat di media sosial.

Mana tidaknya, aktres Nur Fazura mendakwa Fattah mengabaikan nafkah, tiada persefahaman dan berlaku curang menjadi punca mahligai yang telah dibina selama tujuh tahun berakhir begitu sahaja.

Lebih percayakan kenyataan Fazura

image is not available

Bagaimanapun, aktor Fattah Amin menafikan segala tuduhan yang dilemparkan oleh bekas isterinya itu selain menegaskan dia turut mempunyai bukti berhubung isu tersebut.

Netizen lebih percayakan Fazura

Pun begitu, menerusi temu bual yang dimuat naik oleh Media Hiburan di laman TikTok, rata-rata peminat lebih mempercayai kenyataan Fazura berbanding Fattah dengan mendakwa hanya isteri mengetahui sikap sebenarnya suami masing-masing.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga terus kuat!

Dalam pada itu, ramai menitipkan kata-kata semangat buat Fazura dan berharap kedua-dua selebriti tersebut terus kuat dalam menhadapi dugaan hidup.

image is not available image is not available

Terdahulu, aktor Fattah Amin nafi curang, tidak memberi nafkah seperti mana yang didakwa oleh bekas isterinya, Nur Fazura berhubung punca penceraian mereka hari ini.

Tuduhan tersebut telah mencemarkan imejnya malah sudah ada perjanjian antara mereka untuk menjaga aib masing-masing sebelum dia melafazkan talak.

Lebih percayakan kenyataan Fazura

image is not available

Untuk maklumat, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu kira-kira jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, hari ini.

Pasangan yang masing-masing pernah membintangi drama Hero Seorang Cinderella ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

image is not available

Sumber: TikTok @Media Hiburan