
Netizen Dakwa Lihat ‘Kelibat’ Di Rembayung, Akhirnya KA Buka Mulut
Umum diketahui, pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA), sebelumnya mengumumkan pembukaan restoran pertamanya yang dinamakan Rembayung.
Menurut beliau, projek pembinaan restoran itu sebenarnya telah dirahsiakan selama setahun. Selepas 10 tahun aktif dalam dunia online, KA berkata sudah tiba masanya untuk melangkah ke dunia perniagaan offline.
Difahamkan, restoran ini juga menjadi langkah pertama dalam perancangannya untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Lebih menarik, walaupun masih belum dibuka secara rasmi kepada orang awam, tapi beratus orang dilihat telah meninggalkan ulasan mengenai restoran itu di Google.
Rata-rata dari mereka memberikan lima bintang meskipun belum merasai makanan dan pergi ke restoran itu.
Ada hantu di Rembayung?
Terbaru, Rembayung tiba-tiba kembali menjadi perhatian. Seorang netizen mendakwa ternampak orang ramai sedang makan di restoran itu walaupun ia dikatakan hanya akan dibuka pada Januari 2026.
“Saya ada urusan di Bangi. So malam tu free dan merondalah saya di bandaraya Kuala Lumpur bersama teman-teman dalam sebiji kereta.
“Kemudian lalu la kat kedai si KA ni yang kata nilainya RM 4 juta. Dan ternampak sekitar belasan orang dalam kedainya.
“Yang menjadi persoalan saya. Katanya opening bulan 1 tahun 2026. Habis tu malam baru ni saya lalu tengok ramai pula yang dok makan-makan kat dalam tu.
“Ada yang boleh jelas kan tak apa yang berlaku? Ke saya nampak hantu yang datang makan kat situ?” katanya menerusi Threads @khai.ammar.
Perkongsian itu nyata menarik perhatian ramai. Ramai juga yang tertanya-tanya, betul ke restoran tu dah dibuka senyap-senyap?
Ini jawapan KA
Tak tunggu lama, KA sendiri tampil memberi penjelasan.
“Haah belum buka lagi. And tu bukan hantu haha. Itu dinner simulation kita buat dengan staff, and kawan-kawan pun datang berlakon jadi customer. Staff kena run simulation banyak kali untuk prepare for opening nanti,” jawab KA santai.
Menjengah ke ruangan komen, ramai ‘lega’ dengan penjelasan KA. Tak kurang juga, ramai yang tak sabar menunggu hari pembukaan rasmi Rembayung nanti. Kalau simulasi pun dah nampak meriah, apatah lagi bila benar-benar beroperasi
BACA: Johan Bongkar Pernah Hantar Anak Sendiri Ke Rumah Anak Yatim
Sumber: Threads @khai.ammar
The post Netizen Dakwa Lihat ‘Kelibat’ Di Rembayung, Akhirnya KA Buka Mulut appeared first on Siakap Keli.




