Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga RM1.9 Juta – “Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir”

13 Dec 2025 • 10:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sejak awal minggu ini, restoran Rembayung menjadi bualan ramai selepas pempengaruh terkenal Khairul Aming mendedahkan dirinya merupakan pemilik perniagaan makanan itu yang dijadualkan dibuka pada tahun hadapan.

Restoran berkonsepkan suasana kampung tersebut bakal beroperasi di atas tapak tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, sekali gus mencetuskan perbincangan orang ramai mengenai kesesakan kawasan itu apabila ia mula beroperasi kelak.

Advertisement
View this post on Instagram

Antara kebimbangan utama yang dibangkitkan warganet ialah kekurangan kawasan tempat letak kereta, memandangkan lokasi tersebut sememangnya dikenali sebagai kawasan tumpuan dengan ruang parkir terhad.

Bagaimanapun, tular satu perkongsian di Facebook oleh Teha Rosli yang memaklumkan bahawa sebIdang tanah betul-betul di belakang restoran Rembayung kini sedia untuk dijual. Tanah berkeluasan 4,865 kaki persegi itu berstatus Pegangan Bebas Rizab Melayu dengan harga ditawarkan sebanyak RM1.9 juta.

image is not available
image is not available

image is not available

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kawasan tanah berkenaan dipenuhi pokok-pokok dan terdapat sebuah rumah yang tersorok di dalamnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet berpendapat tanah tersebut berpotensi untuk diambil alih dan dibangunkan sebagai kawasan parkir tambahan, sekali gus membantu menampung kehadiran pelanggan yang dijangka ramai apabila Rembayung dibuka nanti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-12 16:23:24

"Ada Yang Buat Jangkaan Saya Gagal" - Ramai Jadi 'Akauntan Tak Bertauliah', Khairul Aming Minta Beri Peluang Berniaga 'Offline'

The post Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga RM1.9 Juta – “Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.