Netizen dakwa Mona Allen, Pekin raikan Krismas? – “Tak sangka dorang macam tu”

EntertainmentLifestyle
26 Dec 2025 • 10:39 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen mendakwa pelakon, Mona Allen dan suaminya Pekin Ibrahim meraikan sambutan Krismas selepas tular beberapa video pasangan tersebut di media sosial.

Netizen dakwa Mona Allen, Pekin raikan Krismas?

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @eliyanasufi memuat naik beberapa video memaparkan sekumpulan individu termasuk Mona dan Pekin dipercayai menghadiri sebuah majlis yang berlangsung di kediaman salah seorang rakan baik mereka.

image is not available

Bagi @eliyanasufi, dia meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah individu yang secara terang-terangan menyertai perayaan Hari Natal kerana umat Islam diharamkan untuk menyambut perayaan tersebut.

“Ni baru satu kumpulan yang tunjuk secara terang-terangan. Di luar sana pasti masih ramai lagi yang wallahu’alam sama ada mereka tidak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu bahawa kita orang Islam tidak boleh merayakan Hari Natal,” tulisnya pada Khamis.

Lebih menyentuh hati, dia turut menyatakan rasa sedih apabila melihat individu yang sebelum ini berhijab sanggup menanggalkannya sempena sambutan tersebut.

“Di bulan Rejab yang mulia ini, marilah kita doa supaya mereka dikurniakan taufiq hidayah oleh-Nya,” tulisnya yang tidak menyebut nama Mona, namun letakkan tanda pagar #monaallen.

image is not available

Menerusi satu video berdurasi 27 saat, Pekin dilihat memakai topi berwarna merah dan putih yang sinonim dengan karakter Santa Claus.

Artikl lain: Mona Allen luah syukur, banyak luang masa dengan suami sertai majlis agama

image is not available

Aktor tersebut bersama Mona yang mendukung anak mereka kelihatan mengelilingi sebuah meja makan yang di atasnya dipenuhi pelbagai kotak hadiah dipercayai untuk aktiviti menukar hadiah.

Tindakan pasangan itu tidak dijangka oleh netizen, sekali gus menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Astaghfirullah

image is not available

Tak silap ni rumah kawan baik mereka

image is not available

Tak sangka

image is not available

Saya dari keluarga mualaf, ucap Hari Natal pun bapa larang

image is not available

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pasangan pelakon tersebut.

Sumber: TikTok @eliyanasufi