Netizen dakwa peminat Siti Nurhaliza pilih bulu, tetap sokong meski sepentas dengan David Foster

17 Jun 2024 • 8:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen dakwa peminat Siti Nurhaliza pilih bulu meskipun umum sedia maklum penyanyi nombor satu Malaysia itu menerima undangan mengadakan persembahan bersama penerbit dan komposer terkenal, David Foster menerusi Konsert Ekslusif ‘Hitman Returns– David Foster and Friends’ di Jakarta, Indonesia pada Sabtu lalu.

Nama Siti Nurhaliza jadi bualan

Nama pemilik suara merdu, Siti Nurhaliza Tarudin mula menjadi bualan ramai selepas gerakan Boycott, Divestment, Sanctions for Malaysia (BDS Malaysia) meluahkan rasa kecewa apabila penyanyi itu menjadi tetamu bagi konsert David Foster.

Menurut BDS Malaysia, penggubah lagu terkenal David Foster merupakan seseorang yang kuat menyokong Israel dan sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis Israel dalam acara dianjurkan oleh Friends of Israel Defence Forces’ (FIDF).

“Dalam keadaan sekarang di mana lebih daripada 36,000 rakyat Palestin telah dibunuh dengan kejam oleh tentera rejim Zionis Israel semenjak 7 Okt 2023 dan masih terus melakukan pembunuhan kejam di Gaza dan Tebing Barat, keputusan Datuk Seri Nurhaliza untuk menyertai persembahan yang dianjurkan oleh David Foster adalah sangat mengecewakan,” tegas BDS Malaysia.

image is not available

Netizen dakwa peminat Siti Nurhaliza pilih bulu

Meskipun begitu, ramai dalam kalangan peminat Siti Nurhaliza atau lebih dikenali SitiZoners tidak cepat melatah, sebaliknya kekal dengan pendirian menyokong pelatun lagu Biarlah Rahsia itu.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Kecewa dengan Sitizoners?

Sikap dan tindakan yang ditunjukkan peminat penyanyi itu telah membuatkan segelintir warganet kecewa apabila mereka dilihat seakan menyokong perbuatan tersebut.

Malah, ada juga yang mendakwa Sitizoner seakan pilih bulu dan tidak lantang bersuara terutama mahu boikot selebriti kesayangan mereka seperti kebanyakan artis-artis tempatan lain.

image is not availableimage is not available

image is not available image is not available

Sekadar info, Siti Nurhaliza pernah menyertai dan berkongsi pentas dengan David Foster pada Ogos tahun lalu menerusi Konsert Eksklusif ‘Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023’ di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, di Kuala Lumpur.

Difahamkan, penampilan Siti Nurhaliza membuat persembahan dalam konsert yang diadakan di Indonesia Convention Exhibition (ICE) di BSD City, Jakarta adalah bagi menggantikan penyanyi, Jessi J.

Antara selebriti lain yang telah memeriahkan konsert tersebut adalah Brian McKnight dan penyanyi pop dan R&B Indonesia Afgan.

Sumber: X sayabukankimchi