Netizen Gesa Tiga Ahli BLACKPINK Ini Untuk Mohon Maaf Dek Hal Ini

EntertainmentOpinion
4 Apr 2025 • 8:10 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Secara tiba-tiba kumpulan BLACKPINK menerima kritikan ramai peminat di atas talian.

Baru-baru ini, video yang didakwa menunjukkan tiga ahli BLACKPINK iaitu Lisa, Jennie dan Rosé menyebut perkataan n-word (kata-kata hinaan) telah tersebar di serata internet.

Walaupun sudah beberapa hari sejak video itu tular, gelombang kecaman dan desakan daripada netizen semakin menebal di mana mereka meminta para ahli memberikan permohonan maaf.

Di media sosial, ramai netizen berpendapat bahawa tiga ahli BLACKPINK tersebut perlu mengambil tanggungjawab atas tindakan mereka di masa lalu dan membuat permohonan maaf. Secara khusus, ada yang membandingkan situasi ini dengan Jennie yang sebelum ini meminta maaf kerana menghisap vape di dalam bangunan selepas menerima kritikan, dan mereka percaya perkara yang sama harus dilakukan atas penggunaan perkataan n-word.

Selain itu, walaupun sesetengah peminat merasakan mereka tidak perlu meminta maaf kerana video tersebut diriliskan secara tak sengaja dan ia berlaku ketika mereka masih muda, ramai yang membalas dengan mengatakan bahawa kerana video tersebut telah tersebar dan melukai perasaan ramai peminat, mereka perlu memberi respon dalam apa jua cara.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.