
Netizen Indonesia Hairan, Persoal Kenapa Litar Sepang Yang Dipilih, Bukan Mandalika
Desas-desus kembalinya perlumbaan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akhirnya terjawab selepas F1 mengumumkan Malaysia bakal menjadi hos dalam F1 Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air.
Perkhabaran berkenaan sudah tentunya menarik perhatian seluruh dunia, khusus peminat tegar sukan F1.
Lebih-lebih lagi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) antara litar yang paling exciting untuk ditonton, malah buat pemandu kereta ini.
Selepas sembilan tahun menyepi, SIC bakal menjadi medan perlumbaan buat para pelumba sukan permotoran berprestij dunia mengukir nama bermula dari 2 Oktober hingga 4 Oktober 2026.
Malah, isu ini juga hangat dibincangkan dalam kalangan peminat sukan permotoran di platform media sosial.
Namun, dalam satu hantaran lelaki Indonesia mencuri perhatian ramai apabila dia mempersoalkan mengapa Sepang dipilih untuk menggantikan tuan rumah Litar Bahrain, berbanding Litar Mandalika di Indonesia yang agak popular ketika ini.
"Terlepas statusnya yang gantiin Bahrain, apa yang ngebuat F1 bisa balik ke Sepang? Kenapa ga main di Mandalika, ya?"

Susulan hantaran berkenaan, beberapa pengguna Threads memberikan pandangan dan faktor mengapa Sepang menjadi pilihan dalam perlumbaan kali ini.
"Karna Sepang sudah standard F1, dan sudah pernah lama jadi host F1. Dulu lepas licensi kerana harga license terlalu mahal dan kira-kira keuntungannya yang makin menurun. Lagi pula, pindah ke Sepang keranaa ada campur tangan pemerintah Bahrain dan Malaysia yang bekerjasama," komen seorang pengguna.
Baca juga:Dalam bahasa yang muda, Standard Pengiktirafan F1 Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sememangnya dibina khas mengikut piawaian tertinggi penganjuran F1 sejak dari awal kewujudannya.
Selain itu, faktor rekod penganjuran yang lama, Malaysia mempunyai sejarah panjang menganjurkan F1 dari tahun 1999 hingga 2017, menjadikannya sebuah litar yang sangat matang dari segi logistik dan fasiliti.
Ketiga, Kerjasama Kerajaan Malaysia & Bahrain. Pemilihan Sepang juga difahamkan melibatkan campur tangan dan kerjasama strategik antara kerajaan Bahrain serta Malaysia.
Selain itu, ada juga yang menyatakan litar Mandalika masih belum standard F1.
"Untuk menganjurkan Formula 1 World Championship, litar perlu mempunyai FIA Grade 1. Dengan status Grade 3, Mandalika tidak layak menganjurkan F1," komen seorang lagi.






