Netizen Indonesia ‘Penat’ Dengan YouTuber Viral Bawa Bayi Naik Jet Ski, Mahu Anwar Ibrahim ‘Claim’ Warganegara

Entertainment
15 Jan 2023 • 11:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, Lobak Merah pernah melaporkan tentang seorang YouTuber negara jiran yang viral selepas dia memuat naik satu video menunjukkan dia dan suaminya membawa bayi mereka berusia lima bulan menaiki jet ski.

image is not available

Video terbabit viral bukan sahaja di negara jiran malah sehingga ke luar negara. Rata-rata netizen mengecam tindakan YouTuber Ria Ricis dan suaminya kerana sanggup menggadai nyawa anak demi konten.

Meninjau di media sosial, ternyata netizen Indonesia berkata mereka sudah ‘penat’ dengan perangai Ria Ricis yang seperti tidak serik melakukan konten yang mengundang kecaman.

Disebabkan itu, ada yang mengambil kesempatan menulis di laman Twitter memohon Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil Ria Ricis ke Malaysia dan dijadikan warganegara ini.

Meskipun hanya sekadar gurauan, setakat artikel ini ditulis, perkongsian netizen Indonesia itu sudah mendapat lebih 6,000 retweets dan 36.9 ribu tanda suka.

Rata-rata netizen Indonesia lain di ruangan komen juga nyata bersetuju dengan kenyataan ini. Malah, siap bertanya sekiranya ada negara lain yang mahu ‘claim’ Ria Ricis sebagai warganegara mereka.

Dalam pada itu, perkongsian terbabit turut mendapat perhatian netizen Malaysia yang berpendapat mereka juga tidak mahu ‘claim’ Ria Ricis kerana sudah terlalu banyak kes tular yang menjadi perhatian ramai sekarang.

image is not available

 

image is not available

Sebelum ini, YouTuber Ria Ricis sudah membuat permohonan maaf selepas video yang dimuat naiknya itu teruk dikecam netizen negara jiran

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.