Netizen Jijik Lihat Sekumpulan Lelaki Rilek Peluk Pelayan Wanita Berpakaian Ketat

4 Jul 2022 • 5:12 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Hati-hati kalau suami atau boyfriend korang plan nak pergi ride”

Netizen Jijik Lihat Sekumpulan Lelaki Rilek Peluk Pelayan Wanita Berpakaian Ketat. Menerusi sebuah video TikTok yang tular, sekumpulan lelaki seolah-olah sudah ‘hilang malu’ apabila dengan selamba menyentuh dan merangkul seorang pelayan wanita di sebuah kedai makan di Setiu, Terengganu.

Beberapa orang lelaki mula mengerumuni pelayan wanita itu ketika pelayan berkenaan sedang mengambil pesanan pelanggan. Tidak lama kemudian, seorang lelaki memulakan langkah dengan meletakkan tangannya di atas bahu pelayan wanita tersebut.

image is not available
Netizen Jijik Lihat Sekumpulan Lelaki Rilek Peluk Pelayan Wanita Berpakaian Ketat. Sumber: TikTok

Selepas lelaki berkenaan berani berbuat demikian, datang lagi seorang lelaki yang dengan selambanya merangkul pinggang pelayan wanita berkenaan sambil mereka mengambil gambar beramai-ramai bersama pelayan tersebut.

Meskipun sekumpulan lelaki itu dilihat cuba mengambil kesempatan, namun pelayan wanita itu seolah-olah tidak peduli malah merelakan lelaki-lelaki berkenaan menyentuhnya secara melampaui batas.

Kapsyen pada video TikTok itu juga berbunyi “Serangan gagak hitam” yang membawa maksud tersirat yang tidak molek dan merendahkan martabat para wanita.

“Diorang cakap tu port lelaki gatal,” – Netizen

Rakaman video tersebut telah tular sehingga ke platform media sosial seperti Twitter dan mengundang kecaman hebat daripada netizen. Malah, ramai yang berasa jijik dengan perlakuan lelaki-lelaki berkenaan.

image is not available
Sumber: Twitter @Anepppppppppp

image is not available
Sumber: Twitter @Anepppppppppp

image is not available
Sumber: Twitter @Anepppppppppp

image is not available
Sumber: Twitter @Anepppppppppp

image is not available
Sumber: Twitter @Anepppppppppp

image is not available
Sumber: Twitter @Anepppppppppp

image is not available
Sumber: Twitter @Anepppppppppp

Tidak kurang juga, ada netizen yang turut mengutuk cara pelayan wanita berkenaan sengaja berpakaian tidak sopan dan menjolok mata.

image is not available
Sumber: Twitter @Anepppppppppp

image is not available
Sumber: Twitter @Anepppppppppp

Pernah tular, rupanya sudah lama dipantau Jabatan Agama

Rupa-rupanya, pelayan wanita berkenaan juga pernah tular sebelum kerana berkelakuan tidak senonoh dan sering menunjukkan ‘aset’ nya dengan pakaian yang ketat.

Kedai miliknya di Setiu, Terengganu juga sebenarnya sudah berada dalam radar dan pemantauan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sejak sebelum video tular ini. Jelas mereka, perkara ini sudah lama berlaku dan kini sedang dipantau rapi untuk tindakan seterusnya.

Memetik laporan akhbar,

Tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam tetapi bertujuan membendung kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat,”

JHEAT

Tindakan yang akan diambil ke atas pelayan wanita dan lelaki-lelaki tersebut adalah di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Moga kita semua dijauhkan daripada perlakuan seperti ini.

Bah, lagi baik kita kenal-kenal dengan jaguh bolasepak wanita negara ini. Mana tahu suatu hari nanti boleh wakil Malaysia ke Piala Dunia kan: