Netizen Kagum Anggota Polis ‘Off Duty’ Leraikan Pergaduhan Di Giant Senawang

Entertainment
19 Apr 2023 • 4:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini sebuah video telah dimuat naik ke Twitter serta meraih hampir 450,000 jumlah tontonan, memaparkan kejadian pergaduhan yang berlaku di antara dua orang lelaki di sebuah foodcourt.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki berbaju biru gelap sedang bertekak bersama seorang lagi lelaki yang memakai topi sebelum dia menolaknya kebelakang sekali gus mencetus pergaduhan tersebut.

Keadaan menjadi huru-hara apabila dua lelaki itu bertindak menumbuk antara satu sama lain sehingga mencetuskan rasa tidak selesa kepada pelanggan lain yang berada di tempat kejadian.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki berbaju merah dilihat cuba untuk bantu meleraikan pergaduhan tersebut namun, tidak diendahkan oleh kedua-dua lelaki tersebut.

Keadaan secara tiba-tiba menjadi terkawal apabila lelaki berbaju merah itu mengeluarkan kad kuasanya dan secara tidak langsung memberitahu bahawa dia adalah seorang anggota polis yang berpakaian preman (pakaian biasa).

image is not available

Difahamkan, lelaki berbaju merah itu sedang berada di luar tugas dan kebetulan berada di tempat kejadian, telah terpanggil untuk meleraikan kejadian terbabit.

Untuk menenangkan keadaan, anggota polis berkenaan telah meminta dua lelaki itu untuk duduk di kerusi yang disediakan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah premis makanan yang terletak di Giant Senawang, Negeri Sembilan.

“Orang tetap hormat polis. Suruh duduk, duduk. Suruh diam, diam. Iya orang kita menjaga adab” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat ketangkasan anggota polis tersebut meleraikan pergaduhan yang berlaku meskipun dia berada di luar waktu bertugas.

Selain itu, netizen turut mengkritik tindakan lelaki yang bergaduh itu apabila pergaduhan itu disaksikan oleh anaknya sekali gus menjadi contoh yang tidak baik.

image is not available

image is not available

Walaubagaimanapun, sehingga kini masih belum ada maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.