Netizen Kagum Lihat Pesawat Kargo Gergasi, Antonov An-124 Ruslan Mendarat Di Airport Kuching

26 Mar 2023 • 3:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pesawat kargo gergasi mendarat di Airport Kuching.

Netizen Kagum Lihat Pesawat Kargo Gergasi, Antonov An-124 Ruslan Mendarat Di Airport Kuching. Pada hari ini terdapat sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang individu di mana sebuah pesawat kargo besar dipercayai telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Dalam video berdurasi 18 saat itu,pemilik akaun TikTok tersebut menanyakan soalan ‘Kapal Terbang apakah yang besar sangat ni? Spotted in Kuching Airport.’

image is not available
Netizen Kagum Lihat Pesawat Kargo Gergasi, Antonov An-124 Ruslan Mendarat Di Airport Kuching. Gambar tangkap layar dari TikTok abangcaptain

Antonov An-124 Ruslan

Pesawat kargo tersebut dikatakan Antonov An-124 Ruslan yang merupakan antara pesawat kargo terbesar di dunia.

Jika dibandingkan dengan pesawat biasa yang kita sering gunakan, pesawat kargo ini adalah jauh lebih besar dan boleh memuatkan sehingga 150 tan kargo.

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok abangcaptain

Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya berasa kagum melihat pesawat kargo gergasi tersebut kerana telah memilih Airport Kuching sebagai destinasinya mendarat.

Lagi berita terkini buat anda di sini: