Santai Dengan Mulut Ternganga, Netizen ‘Kecut Perut’ Lihat Buaya Gergasi Di Jalan FAC Matang

15 Mar 2023 • 1:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Adakah anda buaya yang dicari?

Santai Dengan Mulut Ternganga, Netizen ‘Kecut Perut’ Lihat Buaya Gergasi Di Jalan FAC Matang. Sejak beberapa hari lepas, kecoh mengenai insiden dua ekor buaya sepanjang tiga dan 4.8 meter yang ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang terlepas setelah kandangnya rosak disebabkan arus sungai kuat selepas hujan lebat.

Berikutan itu, orang ramai diminta berwaspada dengan keadaan sekeliling memandangkan buaya tersebut masih lagi dalam percarian pihak berkuasa.

image is not available
Santai Dengan Mulut Ternganga, Netizen ‘Kecut Perut’ Lihat Buaya Gergasi Di Jalan FAC Matang. Kredit: Facebook

Sempoi santai bawah cahaya matahari

Baru-baru ini, tular di laman sosial facebook apabila pihak Sarawak Edition menemukan seekor buaya bersaiz besar berjemur di tepi sungai sekitar jalan FAC Matang.

Berikutan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mula mengaitkan penemuan reptilia gergasi itu dengan kehilangan dua ekor buaya yang terlepas dari Pusat Hidupan Liar Matang baru-baru ini.

image is not available

Tambah netizen, saiznya yang dilihat agak besar meyakinkan lagi bahawa kemungkinan buaya tersebut merupakan reptilia yang dicari oleh pihak pusat hidupan liar tersebut.

Hinggakan netizen resah dan kecut perut

Paling mengerikan, keadaan mulut buaya itu yang dilihat terbuka dan ternganga membuatkan netizen kecut perut.

image is not available

Kemungkinan reptilia tersebut lapar dan menunggu masa untuk mencari ‘mangsa’.

Diharapkan pihak berkuasa peka dengan kehadiran buaya gergasi itu kerana kehadirannya boleh mengugat keselamatan orang awam.

Baca lagi artikel terkini: