Netizen Kaitkan Kejayaan Harris Dengan Azeva, Tuan Badan Tampil Bersuara - "Janganlah Nama Tu"

27 Oct 2026 • 3:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Netizen Kaitkan Kejayaan Harris Dengan Azeva, Tuan Badan Tampil Bersuara - "Janganlah Nama Tu"

Penyanyi, Azeva mencuri perhatian selepas memberi respons terhadap komen usikan netizen mengenai pencapaian Harris yang menduduki tempat keempat dalam Borneo Rising.Menerusi perkongsian di Threads, Azeva memohon orang ramai untuk henti mengaitkan kejayaan Harris dengan dirinya yang turut memenangi tempat keempat menerusi program Talk To Manager 2.“Tempat ke Azeva….Janganlah nama tu huhu,”ujarnya.Dalam masa sama, Azeva turut mendoakan kejayaan Harris dan peserta lain dalam perjalanan seni mereka, selain menghargai segala memori dan perjalanan sepanjang di program berkenaan.“Untuk Harris, saya doakan semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan selepas ini. “Dan untuk semua orang yang telah menjadi sebahagian dari Borneo Rising terutama kamu semua di Sabah dan Sarawak, terima kasih atas segala cinta dan memori yang indah. “Saya sangat bersyukur untuk menjadi sebahagian dari perjalanan ini. Sayang awak semua banyak-banyak. Semoga kita berjumpa lagi,”katanya lagi Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Azeva dan berpesan agar dirinya menghiraukan komen-komen negatif tersebut. Sebelum ini, Azeva dan adiknya, Ammar Haikal masing-masing meraih tempat keempat menerusi program Talk To My Manager edisi pertama dan kedua.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved