Netizen kasihan lihat bekas isteri Shuk Sahar jual sticker -“Sedih tengok Fara Salleh”

LocalEntertainment
13 Nov 2025 • 6:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen di media sosial meluahkan rasa kasihan apabila melihat bekas isteri Shuk Sahar, Fara Salleh menjual sticker di siaran langsung TikTok.

Bekas isteri Shuk Sahar jual sticker

Menerusi ciapan di Thread, netizen dilihat simpati dengan nasih Fara yang gigih mencari rezeki menjual sticker.

 

“Sedih tengok fara salleh live jual sticker..moga Allah permudahkan urusan dia,” tulis netizen.
image is not available

Bekas isteri Shuk Sahar cari rezeki untuk kelangsungan hidup

Difahamkan, pelekat berkenaan digunakan untuk dilekatkan pada pakaian seperti baju atau kemeja-T, dan ia dilihat sebagai salah satu usaha dilakukan untuk mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup.

image is not available

Susah nak kesian dengan dia

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata seakan mengungkit semula apa yang terjadi sebelum ini termasuklah berkaitan kehadirannya sewaktu Shuk masih lagi bergelar suami orang.

 

image is not available

Katanya anak hantar taska

image is not available

Kalau la orang tahu apa yang dia pernah buat…

image is not availableArtikel lain: Pernikahan Shuk Sahar di Thailand sah, Fara Salleh harap proses cerai selesai

Terdahulu, Fara Saleh yang baru melahirkan cahaya mata pada Jun lalu telah menfailkan penceraian terhadap bekas pelawak, Shuk Sahar setelah lebih kurang setahun berumah tangga.

Kisah rumah tangga mereka yang penuh drama susulan banyak hantaran yang dikongsikan di media sosial telah menjadi perhatian netizen sehingga masing-masing mengeluarkan pendapat sendiri berkenaan perkahwinan pasangan terbabit.

Sumber: Thread kucingjalanan_80