Pernah Tular Jual Air Balang Sambil Jaga Isteri Strok, Caprice Kongsi Puan Roslina Meninggal Dunia

24 Oct 2025 • 6:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Isteri kepada peniaga air balang, Ah Yauddin iaitu Puan Roslina yang menghidap strok disahkan meninggal dunia pada Jumaat.

Berita duka itu dimaklumkan oleh penyanyi rap, Caprice menerusi satu hantaran di laman Instagramnya.

“Dengan hati yang sangat sedih, saya dimaklumkan bahawa Puan Roslina baru sahaja meninggal dunia. Salam takziah kepada keluarga… Al-Fatihah,” tulis Caprice.

Difahamkan, Puan Roslina disahkan lumpuh dan Ah Yauddin menderita sakit buah pinggang tahap empat.

Artikel berkaitan: “Sekecil ini tahu hargai persahabatan” – Netizen Sebak Lihat Perkongsian Bapa Allahyarham Fattah

Artikel berkaitan: “Tak minta satu sen pun upah” – Hilang 2 Anak, Luahan Rindu Penghantar Barang Ini Undang Sebak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Kisah mereka mendapat perhatian ramai sebelum ini kerana kegigihan dan kesetiaan Ah Yauddin menjaga isterinya sambil berniaga.

image is not available
image is not available

Ah Yauddin sanggup menggendong isterinya turun naik tangga dari tingkat empat untuk ke pasar malam demi mencari rezeki.

image is not available

Tersentuh dengan kisah pasangan itu, Caprice tampil menghulurkan bantuan dengan menyewa sebuah rumah baharu untuk didiami keluarga itu.

Dalam pada itu, kisah mereka juga turut mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang segera memberi bantuan kepada anak pasangan terbabit.

Anak tunggal mereka, Siti Nur Aliah yang sebelum ini terpaksa melupakan hasrat melanjutkan pelajaran demi menjaga ibu dan membantu ayah berniaga ditawarkan peluang kedua menyambung pengajian dalam bidang Konfeksioneri dan Bakeri di GiatMARA Klang.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.