Netizen Kecam Media Indonesia, Lapor Imigran Haram Asal Malaysia Masuk Negara Itu

4 Jul 2024 • 12:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Netizen Kecam Media Indonesia

Netizen Malaysia kecam media Indonesia selepas mengeluarkan laporan berkenaan sekumpulan individu dipercayai masuk secara haram ke negara itu lalu ditahan pihak berkuasa merupakan warga Malaysia.

Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita dengan nama pengguna @olanweh telah memuat naik video memaparkan laporan daripada media Indonesia tersebut.

Menurut laporan itu, Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia menerima maklumat mengenai kemasukan kumpulan individu berkenaan.

Pihak berkuasa kemudian telah berjaya menahan 42 pekerja asing tanpa izin yang datang dari Malaysia di Pesisir Pelintung, Medang Kampai, Dumai, Indonesia.

image is not available

Bagaimanapun, laporan media Indonesia itu telah menyebabkan ramai warga Malaysia berang disebabkan pemilihan tajuknya yang kurang bersesuaian.

Malahan, @olanweh yang juga merupakan warganegara Indonesia turut menyuarakan rasa kekesalannya terhadap pemilihan perkataan dari media di negaranya.

image is not available

“Dari tajuk saja sudah salah dan mengelirukan. Nanti, warga Indonesia cakap ‘eh di Indonesia juga ada pekerja haram dari Malaysia.

“Mereka tak dengar dan tengok video sampai habis, baru baca tajuk nanti dorang dah komen ada pekerja haram dari Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, @olanweh turut kesal terhadap media Indonesia kerana tidak melakukan kajian terlebih dahulu tentang berita yang mereka mahu siarkan.

image is not available

“Jelas-jelas itu warganegara dan pekerja Indonesia yang masuk secara haram ke Malaysia dan membayar ejen-ejen tak berperikemanusiaan untuk pulang ke Indonesia.

“Jadi contoh tajuk yang boleh digunakan ialah ‘Pekerja Illegal Asal Indonesia Kembali Pulang Ke Tanah Air’ atau ‘TNE Menangkap Pekerja Illegal Asal Indonesia Yang Bekerja Di Malaysia’. Kan boleh bagi tajuk yang tepat,” ujarnya.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga Malaysia turut bengang dengan tajuk laporan daripada media Indonesia tersebut kerana ia boleh menyebabkan salah faham.

Boleh tahan goreng, netizen Malaysia kecam media Indonesia

image is not available

Macam ni cara dorang…

image is not available

Cara cakap macam Malaysia tak dapat bagi kerja kat rakyat

image is not available

Keluar tajuk dah ni

image is not available

Dalam pada itu, netizen Malaysia turut menyatakan jelas-jelas pasport yang dirampas daripada kumpulan individu berkenaan bukan dari negara ini.

Tak kenal ke pasport Indonesia dengan Malaysia

image is not available

Tengok pasport pun dah tahu dari mana

image is not available

Bila masa pasport Malaysia tukar jadi hijau

image is not available

Kan netizen Malaysia dah marah, tajuk tu yang salah. Isi berita dah betul…..

Sumber: TikTok @olanweh