Netizen kecewa baju Sukan Olimpik negara -“Cantik lagi design Kieda Crepe”

25 Jun 2024 • 10:05 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sukan Olimpik

Baru-baru ini, kecoh di media sosial berkenaan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 yang didakwa tidak mencapai standard sewajarnya untuk dipakai oleh atlet Malaysia kelak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, ramai netizen meluahkan rasa kecewa dengan rekaan yang disifatkan agak ketinggalan.

Sukan Olimpik

image is not available

“Lagi cantik design Choi. Kieda crepe punya design pon elok lagi dari ni,” dakwa pengguna X terbabit.

Netizen kecewa

image is not available image is not available

Terdahulu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah merasmikan pakaian kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan iaitu baju berkolar, baju T dan jaket di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Bagaimanapun, ia menerima kecaman hebat netizen kerana tidak berpuas hati dengan rekaan ditampilkan bahkan, ramai yang berpendapat MOM boleh menghasilkan rekaan yang lebih baik untuk kontijen negara.

Sukan Olimpik

image is not available

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberitahu pakaian rasmi tersebut adalah dibawah tanggungjawab MOM yang merupakan hasil kerjasama bersama Yonex.

“Pakaian rasmi kontijen Malaysia ke Temasya Pelbagai Sukan adalah di bawah tanggungjawab Majlis Olimpik Malaysia. Ini merupakan hasil kerjasama antara Yonex dan MOM.

“Ia di luar bidang kuasa Kementerian Belia Sukan dan Majlis Sukan Negara,” ujarnya menerusi sebuah kenyataan di laman X.

image is not available