“Bukan dia nyanyi ‘Padamu Ku Bersujud’?” – Netizen Terkejut Tengok Afgan Berduet Dengan Jessi

Entertainment
25 Jun 2024 • 4:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika anda pengguna TikTok tegar, pasti pernah dengar lagu berjudul Zoom oleh artis Korea Selatan, Jessi, artis hip hop itu terkenal dengan imej yang berani dan seksi.

Pun begitu, baru-baru ini dia berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu bergenre balada iaitu Afgan.

Duet itu membuatkan ramai yang terkejut dan sangat tidak menyangka bagaimana penyanyi dari Korea Selatan itu boleh berkolaborasi dengan pelantun lagu Padamu Ku Bersujud.

Lagu berjudul Escape itu dilancarkan 3 hari lalu dan setakat artikel ini ditulis video klip rasmi lagu itu sudah pun mencapat lebih 770k tontonan di YouTube.

“Terus berubah ‘vibe’ Afgan”

Disebabkan duet itu sangat tidak disangka-sangka, ramai netizen Indonesia khususnya merasakan Afgan tampak lain dalam video itu.

Malah, ada juga yang turut berseloroh Afgan seakan mengalami ‘kejutan budaya’ apabila berkolaborasi dengan penyanyi dari Korea Selatan itu.

image is not available

Difahamkan, ini bukan pertama kali Afgan berkolaborasi dengan artis daripada Korea Selatan, dia juga pernah berduet dengan B.I serta Jackson Wang.

Sumber: TikTok, YouTube

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.