
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita ketakutan selepas dipercayai dikejar seorang penunggang motosikal yang didakwa tidak berpuas hati hingga ke sebuah parkir dalam satu bangunan.
Menerusi video itu, lelaki terbabit berhenti di sebelah kereta wanita berkenaan dengan mukanya seakan sedang marah dan cuba meludah ke arah cermin kenderaan mangsa.
Namun, cubaan meludah itu tidak mengenai sasaran apabila terkena lengannya sendiri dan lelaki tersebut kemudian menepis cermin tingkap kereta wanita itu sebelum berlalu pergi
Artikel berkaitan: “Nak raih viewer tertinggi” – Tular Video ‘Pembuli Jalanan’ Di Sabah, Rupanya Sekadar Konten?
Artikel berkaitan: Tular Gadis Kena Bebel Dengan Bakal Mertua Sebab Suka Buat Content, Doktor Dedah Rupanya Ada Plot Twist?
Video terbabit nyata mengundang rasa marah orang ramai dan mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit.
Kalau macam ini punya gangster, kita nak report polis pun tak sampai hati pic.twitter.com/yj1Qn6l3wR
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) July 12, 2024
Rupanya sekadar content?
Bagaimanapun, video yang tular itu didakwa hanyalah sekadar content semata-mata. Ia susulan video penjelasan daripada pemilik video yang mengaku dialah penunggang motosikal terbabit.
Menurut lelaki itu, dia juga mengakui video-video yang pernah tular sehingga mengundang kecaman orang ramai sebelum ini juga dihasilkan olehnya.
Katanya, dia sebagai seorang pengarah kreatif tahu akan algoritma media sosial seperti TikTok dan Instagram, di mana video-video sebegitu mudah meraih perhatian netizen.
Warga Twitter kena scam ke? pic.twitter.com/6s1aeBKyC5
— JalalMisai (@jllmisai) July 13, 2024
Jelasnya lagi, dia juga menyediakan perkhidmantan marketing anonymous bagi syarikat-syarikat besar dan kecil untuk mempromosikan jualan mereka, termasuklah segelintir artis.
“Mungkin video-video viral yang hari ini korang tengok, mungkin dari saya juga, tapi korang tak akan tahu perkara itu. Jadi berhati-hati.”
Berkongsi lanjut, dia bagaimanapun mahu menutup perkhidmatan itu kerana merasakan ia banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
Apa pandangan korang dengan penjelasan lelaki ni?
Sumber: X
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



