Netizen kesian suami bebel pasal rumah tangga, isteri pula rekod kongsi di media sosial

LocalEntertainment
5 Dec 2024 • 11:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen kesian suami bebel pasal rumah tangga selepas lelaki itu pulang ke rumah yang berada dalam keadaan bersepah namun dia dirakam pula oleh isterinya.

Menerusi satu hantaran di X, MALAYSIAVIRALLL telah memuat naik semula video memaparkan seorang suami yang sedang mengemas pakaian di rumah mereka sambil membebel.

Netizen kesian suami bebel pasal rumah tangga

image is not available

Suami itu berkata perangai isterinya sangat tidak matang disamping mendakwa dia seakan-akan tidak menghargai apa yang telah lelaki itu lakukan untuk keluarga mereka.

“Bukan saya je yang maki kau, ustaz dan ustazah pun maki kau. Polis pun maki kau, perangai macam bod*h, tak matang langsung. Macam takde kerja la pulak, macam saya duduk bawah rumah tak buat apa.

“Semua benda saya dah tanggung, elok-elok la buat kerja kau. Jalankan tanggungjawab kau. Penat sikit tak boleh, itu tak boleh,” katanya.

Dalam pada itu, suami itu turut meluahkan dia melakukan pelbagai kerja demi menanggung keluarga dan isterinya pula hanya perlu mengurus rumah dan anak namun sudah mengeluh.

image is not available

“Ada saya buat dua tiga kerja kat luar saya balik cakap penat, penat? Ada saya cakap macam tu? Ada saya cerita kat kau saya penat, saya penat, saya penat, ada macam tu?

“Baru uruskan rumah, budak macam tu je dah balik-balik nangis,” luahnya.

Pada masa yang sama, si suami turut berkata dia tidak membenarkan isterinya untuk bekerja kerana tahu perkara sebegitu akan berlaku namun si isteri berdegil sehingga meminta bantuan ibunya untuk memujuk suami.

“Engkau kalau tak boleh kerja, jangan kerja. Saya dah cakap tak bagi kerja haritu. Takpe, video ni kau bagi kat mak engkau.

“Baru mak kau tahu kenapa saya marah kau kerja mula-mula dulu. Sebab mak kau cakap bagi kau kerja je saya bagi kau kerja,” ujarnya.

Dakwa isteri tak jalankan tanggungjawab, netizen kesian suami bebel

image is not available

Sebelum rakaman itu dihentikan, suami itu sempat berkata keluarga mereka tidak akan susah jika si isteri tak bekerja namun perkara sebaliknya akan berlaku jika dia tidak bekerja.

“Engkau kalau takde kerja, takde siapa yang susah. Saya kalau tak kerja, semua orang susah. Tu kau kena fikir,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang berpihak kepada suami dan berkata lelaki itu seakan-akan sudah lama memendam perasaannya.

Suami berang rumah bersepah, isteri patut minta maaf bukan rekod

image is not available

Suami dah bagi tak kerja kan….

image is not available

Netizen kesian suami bebel, ni isteri terpengaruh dengan media sosial

image is not available

Terdedah sudah aib rumahtangga…..

image is not available

Terdapat juga warganet yang meluahkan rasa kasihan terhadap anak pasangan tersebut kerana kedua-dua ibu bapanya hanya membiarkan dia kehulu hilir dan tidak memberikan perhatian terhadapnya.

Ambik anak tu, sibuk merakam…

image is not available

Netizen kesian suami bebel, anak pun tak terlayan

image is not available

Saya perhati je anak tu, kesian….

image is not available

Anak tu pergi kat ayah, tengah marah….

image is not available

Akak ni pun, benda boleh settle dengan suami. Ni satu Malaysia dah masuk campur…..

Sumber: X MALAYSIAVIRALLL