
SANA-sini orang bercakap mengenai keganasan rumah tangga. Terbaharu, pelakon Azzahra Ahmad tampil mendedahkan punca penceraian bersama bekas suami, Jay Iswazir.
Pasangan itu berkahwin pada Mac 2022 dan berpisah pada 28 Oktober lalu.
Mendakwa dirinya menjadi mangsa dikasari pelakon lelaki itu sepanjang bernikah, menurut Azzahra atau nama sebenarnya Fathimah Azzahra Ahmad, beliau juga didesak untuk menggugurkan bayi dalam kandungan.
"Sanggup ke kalian wahai wanita andai baharu kahwin tiga bulan sudah dimaki, dibelasah suami?
"Adakah wujud suami yang tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri? Lelaki tak guna macam kau saja yang sanggup perlakukan isteri macam ini," kongsinya.
Menurut Azzahra, beliau mendedahkan hal itu kepada umum oleh kerana perbuatan Jay yang didakwa sudah melampau.
"Hidup aku hancur sebab kau. Aku depresi, hampir gila, ingin mencabut nyawa sendiri selama menjadi isteri kau, Ahmad Iswazir.
"Cukuplah kau sakitkan aku dan jangan tambah lagi perempuan lain yang kau nak jahanamkan hidup mereka," katanya.
Sepanjang bergelar suami isteri, menurut Azzahra beliau juga tidak pernah mempertikaikan tentang nafkah yang sepatutnya disediakan oleh suami.
"Nafkah selama jadi isteri kau pun aku tak pernah berkira. Kadang kau bagi, kadang tidak sebab aku faham kau tiada pekerjaan.
SinarPlus,
Dia Tak Ku Lupa
Menurut Azzahra, beliau berharap tiada perempuan yang menjadi 'mangsa' lagi dan menerima kesudahan buruk dalam perkahwinan seperti dirinya.
“Karakter lakonan kau tu adalah the real you yang aku sebagai isteri kau dulu kena hadap.
happy go lucky.
Azzahra Ahmad atau nama sebenar, Fathimah Azzahra Ahmad pernah bekerja sebagai pramugari. Dia mula dikenali selepas membintangi drama seperti Sayangku Kapten Mukhriz dan Cinta Selawat.
Sumber: Instagram

