Netizen Kritik Logo Kemerdekaan Malaysia & Singapura Tak Cukup Kreatif?

Entertainment
4 Jul 2022 • 1:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bulan Ogos menyaksikan banyak negara di bahagian Asia seperti India dan Indonesia yang menyambut Hari Kemerdekaan, ini termasuklah Malaysia pada 31 Ogos dan negara jiran kita di selatan, Singapura pada 9 Ogos.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap kali sambutan bulan kemerdekaan negara kita pasti akan melancarkan logo yang mengetengahkan tema yang bersesuaian untuk tahun tersebut.

Pada 1 Julai lepas pihak kerajaan mengumumkan, ‘Keluarga Malaysia, Teguh Bersama’ menjadi tema untuk Hari Kemerdekaan bagi tahun 2022 dan kecoh di media sosial apabila logo Hari Kebangsaan menerima kritikan daripada netizen yang mengatakan logo tersebut menyamai logo WiFi.

image is not available

Difahamkan, titik bersilih ganti pada setiap jalur dikatakan mewakili keterbukaan untuk meraikan kepelbagaian dan perbezaan demi kemajuan bersama.

Sementara itu, titik merah di bahagian bawah melambangkan identiti dan semangat patriotik yang menjadi asas kepada negara yang berdaulat dan berwawasan.

Selain itu, logo bagi Hari Kebangsaan negara jiran, Singapura juga telah dilancarkan baru-baru ini. Senasib dengan Malaysia, logo tersebut juga dikritik hebat oleh netizen, malah ada juga yang membandingkan logo kedua-dua negara itu.

 

image is not available

“Boomers yang ‘design’ kot…”

Reaksi netizen terhadap kedua-dua logo itu tidak cukup menarik dan ramai juga yang merasakan kedua-dua logo itu ibarat tangkap muat sahaja.

image is not available

Korang rasa mana lagi cantik?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.