Netizen kritik pengumuman Skechers sebagai penaja rasmi kasut Kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024

5 Jul 2024 • 3:30 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru saja reda dengan isu rekabentuk baju, kini timbul pula isu penaja kasut rasmi untuk Kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024 yang dikaitkan dengan negara haram, Israel.

Terdahulu, tular hantaran di platform X yang memaklumkan, Skechers diumumkan sebagai penaja rasmi kasut Kontinjen Malaysia.

Pengumuman itu mengundang rasa kurang senang netizen yang mempertikaikan tindakan mengambil jenama tersebut sebagai penaja kerana pemiliknya, Michael Greenberg, didakwa seorang zionis dan penyokong Israel.

Apatah lagi, jenama Skechers turut dimasukan dalam senarai boikot The Witness.

image is not available

Dalam pada itu, individu bernama Lycoris pula memaklumkan, perkara berkaitan dengan penajaan adalah di bawah bidang kuasa Majlis Olimpik Malaysia. Dan Kementerian Belia dan Sukan tidak terlibat dalam pemilihan penaja.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available