
Sebelum ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjadi topik bualan hangat baru-baru ini gara-gara isu pemilihan corak baju rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Bekas Atlet Negara Luah Rasa Kecewa Tentang Kenyataan Hamidin - “Kalaulah Dia Tahu Betapa Susahnya...”
Lepas isu baju, kasut pula…
Belum pun betul-betul reda tentang isu tersebut, MOM sekali lagi meraih perhatian selepas mereka mengumumkan penaja rasmi kasut untuk atlet yang mewakili negara ke sukan berprestij itu.
Pada sidang media semalam, jenama antarabangsa Skechers telah diumumkan sebagai penaja rasmi tersebut dan berita itu mengundang kemarahan serta mendapat kecaman hebat rakyat.
Skechers sebagai penaja rasmi kasut kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024!@ASTROARENA #GoForGold pic.twitter.com/ORNYC7NtHq
— Fariha Razak (@farihaarazak) July 4, 2024
Taktau isu semasa ke?
Pemilihan Skechers sebagai penaja rasmi itu menerima kritikan ramai yang kecewa dengan MOM selepas memilih jenama tersebut yang terang-terangan menyatakan sokongan mereka terhadap Zionis.
Menerusi aplikasi X, ramai meluahkan kemarahan terhadap MOM dan menyifatkan mereka ini membuat kerja sambil lewa malah turut mempertikai sama ada pihak itu tidak peka dengan isu semasa.

Dalam pada itu, sesetengah netizen mempersoal jika Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta timbalannya, Adam Adli tidak masuk campur dalam keputusan sebegini.
Bod*h ke ambil brand pro Zionis jadi sponsor? Apa teruk sangat kementerian sukan bawah Madani ni?

The post Umum Skechers Penaja Rasmi Kasut Kontinjen Malaysia, MOM Sekali Lagi Teruk Dikecam – “Dorang Ni Tidur Ke Taktau Isu Semasa?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


