
“Tolong hormat agama,” itulah keluhan warganet setelah satu video seorang wanita menjadi tular selepas memaparkan dirinya menangkap swafoto ketika sedang sujud dalam solat.
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik di Platform X oleh seorang pengguna, individu itu mempersoalkan tindakan wanita tersebut mempermainkan solat hanya untuk konten di media sosial.
“Nak buat konten pun, sampai mempermainkan solat,” tulisnya.
Ciapan itu mendapat perhatian netizen di mana majoriti menyelar tindakan wanita berkenaan yang disifatkan sebagai seorang yang tidak menghormati agama dan hidup berlandaskan media sosial semata-mata.


