Netizen Kutuk Ketiak Gelap, Jennifer Coppen Amukan - “Lebih Baik Diam, Kunci Mulut”

4 Dec 2024 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Jennifer Coppen meluahkan rasa berang setelah bahagian ketiaknya dikutuk netizen. 

Netizen melampau

Menerusi satu perkongsian di akaun TikTok, Jennifer menyifatkan perkara tersebut seperti satu tindakan yang melampaui batas.

Malah, menerusi video yang sama juga, Jennifer, 23 telah memperlihatkan ketiaknya kepada orang ramai. 

“Memang netizen sekarang kurang ajar, tengok video saya lepastu tiada kerja lain perhati ketiak saya.

“Nah tengok ketiak saya. Ketiak saya hitam? Kurang ajar. Kenapa ketiak saya jadi masalah anda,” katanya.
 

Sementara itu, Jennifer turut menjelaskan ketiaknya kelihatan agak sedikit gelap adalah kerana dia sedang mengalami fasa hormon selepas bergelar seorang ibu.

“Kalau ketiak saya gelap pun tak secerah seperti dahulu kerana saya hadapi fasa hormon.

“Kalau anda belum pernah ada anak, pernah hamil, pernah melahirkan lebih baik diam kunci mulut,” tambahnya lagi. 

View Original Article