Netizen ‘Minta’ Baiki Jalan Rosak Teruk Dan Berlumpur Di Kidurong

12 Oct 2022 • 4:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rosak teruk akibat treler kayu balak

Netizen ‘Minta’ Baiki Jalan Rosak Teruk Dan Berlumpur Di Kidurong. Saban hari, semakin banyak aduan mengenai isu kerosakan jalan raya di Sarawak.

image is not available
Netizen ‘Minta’ Baiki Jalan Rosak Teruk Dan Berlumpur Di Kidurong. Sumber: Mohd Affandi Yusuf

Terkini, seorang pengguna Facebook dengan nama Mohd Affandi Yusuf berkongsi satu hantaran mengenai keadaan jalan raya di Kidurong, Bintulu yang dilihat rosak teruk dan berlumpur.

Undang bahaya kepada pengguna jalan raya

Tambahnya, laluan itu sangat merbahaya kepada pengguna jalan raya lebih-lebih lagi kepada penunggang motosikal dan kereta lebih-lebih lagi jalan itu menjadi laluan utama untuk mereka berulang-alik ke tempat kerja.

Bukan itu sahaja, keadaan jalan raya yang rosak dan penuh lumpur itu disebabkan oleh treler-treler besar seperti treler kayu balak yang keluar masuk menggunakan laluan itu untuk ke kilang kayu balak di sekitar itu.

Netizen seru baiki jalan tersebut

Menerusi hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan pihak autoriti yang dipertanggujawab membaiki kerosakan jalan di sekitar itu.

Tambah netizen, mereka meminta jalan itu dibaiki dengan kadar segera kerana bimbang mampu membahayakan orang awam yang mengguna jalan itu.

image is not available

Lebih membimbangkan, laluan itu menjadi jalan utama untuk mereka ke tempat kerja.

Diharapkan, pihak berkuasa menanggani isu ini dengan segera bagi memudahkan pengguna jalan itu.

Lagi isu jalan raya di Bintulu: