Netizen Tegur Pakaian Sendat, Bonda Rozita Hantar Gambar Dan Minta Pandangan Ustaz

12 Oct 2022 • 4:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pengasas jamu Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim baru-baru ini berkongsi gambar sedang duduk di kerusi mewah dengan busana serba merah. Perkongsian ibu kepada jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri itu bagaimanapun mendapat kritikan sesetengah netizen yang merasakan busana yang dipakainya ketat.

Sedar akan teguran itu, Rozita tampil berkongsi tangkap layar perbualannya bersama seorang ustaz yang bertanya mengenai pakaiannya ketat atau tidak.

“Salam ustaz. Ni ketat ke?” – Rozita.

image is not available

Ustaz itu kemudian menjawab dia merasakan pakaian yang dipakai Rozita kelihatan ok sahaja dan sekiranya rasa longgar, itu sudah baik.

Saya kurus, mungkin orang nampak macam ketat…

image is not available

Baju saya tak ketat, saya perjelaskan dan mohon maaf kalau saya post ni. Saya reply pun masih ada yang komen kata ketat lagi.

image is not available

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media