Netizen Minta Cikgu Haris Dikenakan SISPAA, Menteri Pendidikan Turut Beri Respons!

6 Nov 2026 • 1:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Netizen Minta Cikgu Haris Dikenakan SISPAA, Menteri Pendidikan Turut Beri Respons!

Kehangatan drama terbitan Astro, Suamiku Anak Mak, bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton di kaca televisyen, malah turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.Dua watak yang paling mencuri perhatian ialah Mak Leha, lakonan Dian P. Ramlee dan Cikgu Haris yang dibawakan oleh Keith Foo.Kedua-dua watak berkenaan dilihat berjaya mengundang rasa geram dan tidak puas hati penonton sehingga ruangan komen media sosial dibanjiri pelbagai luahan emosi serta kritikan terhadap tindakan dan sikap mereka dalam drama tersebut.Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri perhatian apabila ada netizen yang bertindak lebih jauh dengan mencadangkan agar watak Cikgu Haris dikenakan tindakan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).Untuk rekod, SISPAA merupakan saluran rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang membolehkan orang ramai mengemukakan aduan berkaitan isu pendidikan, termasuk masalah di sekolah, salah laku, kelewatan tindakan serta ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan di bawah kementerian berkenaan.Menariknya, cadangan netizen itu turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang dilihat membalas hantaran berkenaan.Menerusi responsnya, beliau menulis:“Saya ingat isu serius sampai dah suruh pegawai saya cari maklumat 🙂‍↔️ rupanya," tulisnya. Respons spontan tersebut ternyata mencuri perhatian dan menambahkan lagi kemeriahan perbualan dalam talian, sekali gus memperlihatkan bagaimana watak fiksyen dalam sesebuah drama mampu mencetuskan reaksi penonton sehingga terbawa-bawa ke dunia sebenar.Nampaknya, lakonan Keith Foo sebagai Cikgu Haris dan Dian P. Ramlee sebagai Mak Leha benar-benar berjaya membuatkan penonton ‘naik darah’!Untuk rekod, Suamiku Anak Mak dibintangi Emma Maembong sebagai Zaraa, Keith Foo sebagai Haris, Dian P. Ramlee sebagai Mak Leha dan Izzue Islam sebagai Ashraf.Drama ini mengangkat konflik rumah tangga yang tercetus akibat campur tangan keluarga serta dilema seorang suami dalam mengimbangi tanggungjawab terhadap ibu dan isteri.Suamiku Anak Mak bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (Saluran 104). Penonton juga boleh mengikuti drama ini menerusi platform penstriman sooka dan Astro GO.Apa yang pasti, drama ini terus menjadi antara karya yang hangat diperkatakan di media sosial. Persoalannya, mampukah Cikgu Haris dan Mak Leha terus menguji kesabaran penonton dalam episod-episod seterusnya?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved