Netizen minta Fattah Amin pujuk, kembali rujuk dengan Fazura

LocalEntertainment
21 Oct 2024 • 12:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen memohon agar pelakon Fattah Amin pujuk isterinya iaitu aktres Fazura sekaligus kembali rujuk demi kebaikan anak perempuan mereka iaitu Fatima.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fattah telah memuat naik satu video dan satu foto memaparkan dia sedang meluangkan masa bersama puterinya di sebuah restoran.

Luang masa dengan Fatima, netizen Fattah Amin pujuk Fazura

Instagram will load in the frontend.

Video yang dimuat naik oleh Fattah memaparkan Fatima sedang membuat ekspresi muka yang kelakar kepada kamera dituruti bapanya yang juga membuat perkara yang sama.

Sementara itu, foto yang dikongsikan oleh Fattah pula memaparkan dia sedang berada di sebuah restoran bersama keluarga besar aktor tersebut.

image is not available

Pada kedua-dua video dan foto tersebut, Fatima kelihatan gembira meluangkan masa bersama Fattah dan keluarga belah bapanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang mendoakan agar Fattah kembali bersatu dengan Fazura demi kebaikan anak mereka disamping meminta aktor itu untuk memujuk bekas isterinya.

Fattah Amin pujuk Fazura

image is not available

Beranikan diri pujuk Fazura

image is not available

Kalau tak pujuk ‘kaw-kaw’ memang Fazura tak nak

image is not available

Kita doakan keluarga mereka kembali bersama

image is not available

image is not available

Fatima doakan mommy dan daddy rujuk

image is not available

Buang yang keruh, ambil yang jernih

image is not available

Pada masa yang sama, terdapat juga warganet yang memuji kecomelan Fatima disamping berharap agar anak kecil itu gembira meluangkan masa dengan bapanya.

Comel je

image is not available

image is not available

Masa gembira Fatima dan daddy

image is not available

Semoga Fatima gembira dengan Fattah

image is not available

Sekadar info, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Fatima.

Bagaimanapun, Fazura mengejutkan orang ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dan poasangan ini kemudian sah bercerai pada 7 Oktober lalu.

Sumber: Instagram Fattah Amin