Netizen Mula “Kecoh”, Suasana Raptai Hari Kebangsaan 2025 Buat Ramai Ternanti

26 Aug 2025 • 8:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Netizen Mula “Kecoh”, Suasana Raptai Hari Kebangsaan 2025 Buat Ramai Ternanti

Raptai sambutan Hari Kebangsaan sering mendapat sambutan hangat daripada orang ramai setiap tahun.

Acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat menyaksikan persiapan penuh warna-warni sebelum hari kemuncak, malah turut menimbulkan rasa teruja dan semangat patriotik.

Seperti tahun lalu, Dataran Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi untuk Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bagi peringkat kebangsaan yang bertemakan ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’.

Biarpun hanya raptai penuh Hari Kebangsaan 2025, namun Dataran Putrajaya di sini yang menjadi lokasi sambutan sesak dengan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang merasai kemeriahannya.

Netizen mula kongsi video kemeriahan raptai

Media sosial kini ‘dibanjiri’ dengan video-video raptai sambutan Hari Kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya.

Aksi perbarisan penuh semangat, pancaragam yang gah serta persembahan berwarna-warni berjaya mencuri perhatian orang ramai, sekaligus menambah keterujaan menjelang detik bersejarah negara itu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @ayla15s, seramai 120 peserta dari program PERMATA Seni Tari bersama anak-anak Sekolah Seni Kuala Lumpur dilihat membuat latihan dengan penuh semangat.

Rasa bangga dan teruja jelas terpancar apabila diberi kesempatan mengibarkan semangat patriotik melalui setiap langkah tari, selain menyumbang tenaga dalam acara berprestij yang akan disaksikan jutaan manusia.

@ayla15s

Latihan Hari Kebangsaan..tahun ni anak2 @PERMATA Seni Tari terlibat seramai 120 peserta bersama anak2 Sekolah Seni KL #merdeka2025

♬ Malaysia Satu – AMP

Setiap tahun pada Hari Kebangsaan, pasukan badan beruniform menjadi antara tarikan utama yang sentiasa dinantikan.

Inilah satu-satunya hari di mana rakyat Malaysia dapat menzahirkan penghargaan secara terbuka kepada wira-wira negara, terutamanya pasukan badan beruniform yang banyak berjasa dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan tanah air.

Namun, tidak lengkaplah jika perarakan tidak diserikan oleh ‘bintang utamanya’ iaitu pasukan bomba.

Menerusi video yang dikongsikan daripada pengguna TikTok, @tejasaadong, perarakan penuh disiplin serta demonstrasi khas yang dipersembahkan membuatkan orang ramai menjadi teruja untuk menyaksikan sambutan sebenar pada 31 Ogos nanti.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @khai_iz, kelihatan pasukan badan beruniform sedang mempersiapkan diri untuk persembahan acara perbarisan dan perarakan bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.

Beberapa anggota turut kelihatan melambai ke arah kamera dari dalam kenderaan pasukan masing-masing, sekali gus mencetuskan sorakan serta tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.

Anda boleh menonton video yang lain di bawah

@msabrij23

Raptai Skeleton.. Siapa tahu besi ni untuk apa? 26/8/2025 #viral #fyp #fypシ゚viral #merdeka #2025

♬ Kemegahan Negaraku Malaysia –

@perbadananputrajaya

Sesi Raptai Skeleton daripada kontinjen perbarisan yang terlibat dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2025. #HKHM2025 #RancakkanMADANI #putrajaya #merdeka360 #MalaysiaMADANI

♬ original sound – Perbadanan Putrajaya – Perbadanan Putrajaya

@_itsdedel

HARI PERTAMA “Raptai Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2025” #merdeka #malaysiamadani #putrajaya #harikebangsaan

♬ original sound – fizaarsdn – فيظه

Sumber: TikTok 1, 2, 3