Unit K-9 Kastam Diraja Malaysia Jadi “Bintang” Raptai Hari Kebangsaan 2025

26 Aug 2025 • 10:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Unit K-9 Kastam Diraja Malaysia Jadi “Bintang” Raptai Hari Kebangsaan 2025

Setiap tahun, antara acara yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia adalah perarakan sambutan Hari Kebangsaan.

Antara yang paling dinanti-nantikan tentunya kemunculan Unit K-9 yang menjadi popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kemunculan mereka yang siap berkasut bukan sahaja kelihatan segak bergaya, malah kelihatan comel.

Ditambah pula dengan penularan video adegan kehilangan kasut pada tahun lalu, Unit K-9 sememangnya berjaya menambat hati orang ramai.

Aksi unit K-9 curi tumpuan ramai ketika acara raptai

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan anjing-anjing Unit K-9 daripada Kastam Diraja Malaysia menjadi tular di media sosial apabila haiwan terlatih itu dilihat melakukan pelbagai aksi yang mencuit hati.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @anip.oyen.tatoyen di TikTok, kelihatan beberapa anggota Kastam sedang menjaga anjing-anjing Unit K-9 sebelum bermulanya acara raptai Hari Kebangsaan 2025.

Walaupun terdiri daripada anjing-anjing terlatih dan merupakan aset negara, namun sisi semula jadi seekor anjing yang kelihatan comel tetap menarik perhatian masyarakat.

Video berdurasi 20 saat itu memaparkan anjing-anjing terlatih berkenaan kelihatan bersantai dan bermain bersama pengendali masing-masing dalam suasana yang penuh mesra.

Selain itu, aksi mereka yang manja dan jinak ternyata menambahkan kemeriahan suasana menjelang sambutan Hari Kebangsaan. Dalam masa yang sama, terdapat juga individu yang tidak melepaskan peluang merakam gambar anjing-anjing Unit K-9 ketika berada di sekitar Dataran Putrajaya.

Kehadiran Unit K-9 bukan sahaja mempamerkan kecekapan serta disiplin tinggi pasukan beruniform dalam menjaga keselamatan negara, malah turut menambahkan seri sambutan Hari Kebangsaan.

Video berkenaan mendapat 317.8k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan anjing-anjing Unit K-9 ini pada sambutan Hari Kebangsaan 2025.

“Ini yang ditunggu-tunggu setiap tahun,” komen seorang wargamaya.

“Bila macam ni comel tapi bila dia dah mula buka langkah… aduh hilang comel,” komen seorang lagi wargamaya.

@anip.oyen.tatoyen

FOLLOW SAYA TW. Unit K9 Kastam Diraja Malaysia. Comeyyy #kastam #k9 #anjinglucu #merdeka2025 Unit k9 Anjing k9 Kastam diraja malaysia

♬ Who Let The Dogs Out – Original – The Doggies