Netizen Persoal Bagaimana Khairul Aming Dapat Air Bersih Sebab Kilang Di Kelantan?

5 Feb 2024 • 2:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai influencer dan juga usahawan, Khairul Aming sememangnya menjadi inspirasi kepada kita semua tambah lagi baru-baru ini apabila dia berjaya menjual 80,000 paket Dendeng Nyet Berapi dalam masa tiga minit sahaja.

image is not available

Walau bagaimanapun, ada juga beberapa netizen yang persoalkan macam mana kilang pempengaruh yang berada di Kota Bharu, Kelantan itu mendapat air yang bersih. Pulak dah!

image is not available

Maklumlah, negeri tersebut memang mempunyai masalah seperti air karat di sesetengah tempat tapi ada beberapa netizen berkata kawasan kilang usahawan berkenaan terletak di kawasan elit yang tidak mempunyai sebarang masalah air kotor.

image is not available

Bukan tu jer, ada juga beranggapan yang pempengaruh itu menggunakan penapis air agar air yang digunakan di kilang kekal bersih tanpa sebarang masalah.

image is not available

Jangan main cakap jer. Khairul Aming mesti jaga kualiti produknya dan lakukan yang terbaik untuk pelanggan.

Kredit: X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.