“CNN mentioned her & Malaysia” – Netizen Tak Setuju Individu Pertikai & Bandingkan Kejayaan KA Dengan Vivy Yusof

Entertainment
5 Feb 2024 • 11:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai yang sudah menjangkakan apabila pempengaruh Khairul Aming (KA) mencipta sejarah apabila jualan produk keduanya iaitu Dendeng Nyet Berapi pada Jumaat lalu terjual dalam tempoh tiga minit 39 saat.

Netizen tidak henti-henti meluahkan kekaguman terhadap Creator Of The Year sempena TikTok Awards Malaysia 2023 yang berjaya mencatatkan RM1 juta jualan terpantas di platform itu.

Melihat kejayaan KA atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, 32, ada yang berpendapat sepatutnya pempengaruh itu mendapat dana daripada Khazanah.

Namun, kenyataan itu dipertikaikan seorang individu yang mendakwa pempengaruh itu masih belum layak jika nak dibandingkan dengan usahawan wanita bernama Vivy Yusof.

“Daripada dia (Khairul Aming), saya lebih suka jika ia diberikan kepada Vivy. Dia menerima pekerja dari pelbagai latar belakang dan bekerjasama dengan keluarga diraja.

“Dia juga memperluaskan jenamanya di seluruh Asia Tenggara. CNN ada sebutkan namanya dan Malaysia. Apa yang ditawarkan Khairul Aming ni?,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan individu ini dikritik netizen, rata-ratanya berpendapat tidak adil untuk membandingkan kejayaan dua usahawan ini kerana mempunyai latar belakang yang berbeza.

Selain itu, netizen juga mengatakan kedua-dua usahawan itu mencipta nama dengan cara tersendiri.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Hmm, apa pendapat korang?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.