Netizen persoal bil elektrik naik mendadak, TNB tutup ruangan komen di media sosial

LocalBusiness & Finance
16 Sep 2026 • 2:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kebimbangan mengenai bil elektrik kembali menjadi perhatian apabila segelintir netizen di media sosial mempersoalkan komponen Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (Automatic Fuel Adjustment – AFA) yang tertera dalam bil mereka.

Netizen ‘bising’ di media sosial tentang kenaikan bil

Kebanyakkan mereka memuat naik tangkapan layar bil elektrik bulanan yang memperlihatkan jumlah penggunaan dan bayaran  perlu dilunaskan dengan kapsyen seperti tidak berpuas hati.

Image from: Netizen persoal bil elektrik naik mendadak, TNB tutup ruangan komen di media sosial

 

Image from: Netizen persoal bil elektrik naik mendadak, TNB tutup ruangan komen di media sosial

 

Image from: Netizen persoal bil elektrik naik mendadak, TNB tutup ruangan komen di media sosial

Gesa penjelasan terbuka & mudah daripada TNB

Dalam pada masa yang sama, bekas wartawan dan juga pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmadd juga turut membangkitkan isu sama apabila mempersoalkan kenaikan bil elektrik yang tunggi termasuk sesetengah bil didakwa meningkat melebihi 30 hingga 50 peratus.

ZRA juga meminta agar pihak TNB memberi penjelasan secara terbuka dan mudah difahami tentang bagaimana  caj AFA dikira beserta pertanyaan mengapa bil boleh meningkat sebegitu ketara.

TNB tampil beri penjelasan

Susulan daripada itu, pihak TNB tampil memberi penjelasan berhubung isu terbabit lebih-lebih lagi berhubung mekanisme AFA, termasuk dakwaan bahawa komponen berkenaan menyebabkan peningkatan mendadak dalam bil elektrik.

TNB dalam satu kenyataan menegaskan bahawa AFA tidak menyebabkan peningkatan mendadak dalam bil elektrik.

“Kami memahami bebanan kos sara hidup dan ingin menjelaskan bagaimana mekanisme AFA berfungsi dan langkah-langkah yang telah dilaksanakan bagi melindungi pengguna,” katanya.

Image from: Netizen persoal bil elektrik naik mendadak, TNB tutup ruangan komen di media sosial

Menurut TNB, AFA bukan caj tambahan baharu dan pengguna domestik dengan penggunaan 600kWj ke bawah sebulan dikecualikan daripada AFA, selain menikmati kadar bil kira-kira 2% hingga 14% lebih rendah bergantung kepada penggunaan.

Difahamkan, AFA berfungsi secara dua hala, dengan rebat diberikan apabila kos bahan api menurun manakala surcaj dikenakan apabila kos meningkat, termasuk kadar +3.67 sen/kWj bagi September 2026.

TNB turut menjelaskan bahawa AFA tidak menyebabkan peningkatan mendadak dalam bil elektrik kerana faktor seperti musim perayaan, cuti sekolah dan bekerja dari rumah turut mempengaruhi penggunaan elektrik.

TNB tutup ruangan komen

Walau bagaimanapun, menjengah ke laman Facebook, TNB dilihat menutup ruangan komen di setiap hantaran dimuat naik, termasuklah perkongsian yang mengucapkan Selamat Hari Malaysia pada hari ini.

Menerusi hantaran berkenaan TNB menyatakan kita semua adalah satu Malaysia walaupun dari pelbagai negeri, budaya dan latar belakang.

 

Image from: Netizen persoal bil elektrik naik mendadak, TNB tutup ruangan komen di media sosial

Susulan daripada itu, TNB mengajak orang ramai untuk bersama melangkah dan membina masa hadapan yang lebih baik.

Namun begitu, tindakan menutup ruangan komen tidak dapat dipastikan sama ada ia ada hubung kait dengan isu yang sedang menjadi perbahasan di media sosial ataupun tidak kerana sudah ada penjelasan daripada pihak TNB susulan persoalan daripada para pengguna sejak kebelakangan ini berkaitan bil elektrik masing-masing.

Sumber: Thread, Facebook ZRA Strim, Tenaga Nasional Berhad

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved