Jelaskan mengapa elektrik tinggi

16 Sep 2026 • 9:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jelaskan mengapa elektrik tinggi
Kecoh di media sosial tentang peningkatan bil elektrik yang didakwa melambung tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Foto hiasan

DI media sosial sedang kecoh tentang peningkatan bil elektrik yang didakwa melambung tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada masa ini, tiada sebarang penjelasan yang dibuat berhubung perkara tersebut.

Namun antara kemungkinan berpunca daripada perubahan mekanisme pelarasan kos tenaga dan corak penggunaan domestik.

Walaupun tarif asas elektrik tidak berubah, beberapa faktor luaran dan mekanikal telah menyebabkan jumlah yang perlu dibayar oleh pengguna meningkat dengan ketara.

Pada April lalu, Suruhanjaya Tenaga (ST) memberi jaminan kira-kira 85 peratus isi rumah domestik tidak akan mengalami kesan besar terhadap bil elektrik mereka susulan pelaksanaan Insentif Cekap Tenaga, di tengah-tengah krisis tenaga global.

Insentif untuk pengguna kediaman akan kekal pada skala pengurangan bagi penggunaan hingga 1,000 kilowatt-jam (kwj) dan kekal neutral bagi penggunaan hingga 600kwj.

Insentif itu juga terpakai kepada pengguna bukan domestik voltan rendah bagi penggunaan hingga 200kwj dan langkah ini diharapkan dapat membantu mengurangkan sebahagian daripada kesan inflasi yang dijangka akibat krisis yang sedang berlaku.

Antara cabaran yang sedang dilalui ialah krisis tenaga global kerana kira-kira 80 peratus daripada gas asli yang digunakan untuk penjanaan elektrik di Malaysia diperoleh daripada sumber domestik.

Turut dijelaskan walaupun masih terdapat kesan kerana terikat dengan harga rujukan pasaran (MRP), jadi akan tetap ada impak terhadap harga, tetapi ada had siling. Had siling itu lebih rendah daripada pendedahan yang akan berlaku berdasarkan harga pasaran global.

Permintaan tinggi tenaga turut didorong oleh fenomena La Nina yang menyebabkan cuaca panas berlaku pada ketika ini.

Bagaimanapun, pihak berkaitan sewajarnya tampil untuk memberikan penjelasan kepada rakyat tentang peningkatan bil elektrik.

Berdasarkan faktor-faktor ini, memang sudah dijangka kenaikan bil elektrik.

Namun adalah sebaiknya pihak berkaitan supaya tampil membuat penjelasan berhubung perkara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved