
Sebuah komen di Instagram Nedim Nazri menjadi perhatian netizen apabila seorang pengikut mempersoal mengapa Nedim Nazri atau Boss Ned masih tidak memadam atau ‘archive’ gambar lama bekas isterinya yang tidak bertudung meskipun wanita itu sudah berhijrah kini.
Individu tersebut menulis di ruangan komen pada salah satu gambar lama mereka, “Dah sampai masa rasanya untuk archive gambarnya? Sebab dia dah berhijab sekarang.”

Komen itu mendapat pelbagai reaksi, dengan netizen lain bersetuju bahawa sebagai langkah menghormati perubahan kehidupan dan keputusan hijrah Nora, adalah lebih wajar sekiranya gambar-gambar lama diarkibkan atau disorok dari paparan umum.
Tambahan pula, pelakon wanita itu secara terbuka memberitahu bahawa dia sedang dalam usaha memadam gambarnya yang kurang sopan kini.
Sejak berhijrah, Nora Danish sering mendapat pujian netizen kerana istiqamah dalam penampilan dan gaya hidupnya.
Nora Danish Padam 24,000 Gambar Free Hair - "Saya Nak Fokus Berhijab & Kekal Istiqamah"
The post Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto ‘Free Hair’ Nora Danish? – “Dia Dah Berhijab Kan?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

