Netizen Persoal Mahalini Melahirkan Anak Lebih Awal, Sule: “ I Don’t Care…”

19 Feb 2025 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Mahalini dan suami, Rizky Febian sedang menjalani kehidupan baharu apabila selamat bergelar ibu dan bapa pada 15 Februari 2025.

Kelahiran anak sulung perempuan yang diberi nama buah Zairee Selina Quinlyn Kareema itu bagaimanapun disambut dengan beragam respons. Pada saat ramai yang gembira ada segelintir netizen mempersoalkan tentang bulan kelahiran Zairee yang didakwa terlalu cepat berbanding sembilan bulan 10 hari untuk tempoh kelahiran normal wanita mengandung.

Hal ini lantaran mereka membuat perkiraan Rizky dan Mahalini baru menikah pada 10 Mei 2024. Doktor juga menjangkakan penyanyi Sial itu akan melahirkan anak pada bulan Mac 2025 namun kelahiran berlaku awal satu bulan.



Menjawab isu tersebut, bapa Rizky iaitu pelawak Sule menegaskan dirinya tidak peduli dengan semua tanggapan kurang baik daripada netizen. Bagi Sule apa yang penting cucu pertamanya itu selamat dilahirkan dan Rizky bersama Mahalini bahagia.



“Banyak pendapat nakal di luar yang mengatakan belum cukup 9 bulan sudah melahirkan atau bayi pra matang 8 bulan atau hal negatif lainnya.



“Saya sebagai datuknya sungguh (I don’t care) tidak peduli dengan semuanya. Yang penting anak saya hari ini bahagia. Orang mahu caap apa terserah, yang tahu saya, anak saya dan Tuhan,” tegas Sule seperti dilaporkan Detik.com.

Sule juga memberitahu meski cucunya lahir pada usia 8 bulan dan dilahirkan melalui proses pembedahan, anak pasangan penyanyi itu berada dalam keadaan sihat.



“Saya juga sempat tanya bayi ini baru 8 bulan untuk dilahirkan tapi doktor kata sudah 9 bulan jadi dilahirkan melalui proses ceaser. Alhamdulillah sihat sangat,” katanya penuh bahagia.