Netizen Persoal Menu Oriental Kopi Tak Ada Bahasa Melayu, Ini Respon Founder

LocalFood
14 Oct 2026 • 11:29 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (13 Oktober), tular di laman Threads apabila seorang individu menegur menu di kedai kopitiam Oriental Kopi, yang tidak disertakan dengan Bahasa Melayu sebaliknya setiap sajian hanya menggunakan deskripsi Bahasa Inggeris dan Cina sahaja.

Dalam hantaran sama, individu itu turut berkongsi foto menu Chicken Hor Fun yang hanya disertakan dengan maklumat dalam Bahasa Inggeris dan Cina.

Isu itu dibangkitkan selepas Oriental Kopi memuat naik satu hantaran di Threads meluahkan rasa bangga dengan statusnya sebagai jenama Malaysia.

Image from: Netizen Persoal Menu Oriental Kopi Tak Ada Bahasa Melayu, Ini Respon Founder
Sumber: Threads

Pengasas Oriental Kopi Mohon Maaf, Terima Teguran Orang Ramai Berhubung Ketiadaan Bahasa Melayu Dalam Menu

Terbaharu, Pengasas Oriental Kopi, Datuk Calvin Chan menerusi hantaran di akaun Threads miliknya berkata pihaknya mengambil maklum teguran dan pandangan tersebut selain memohon maaf atas ketiadaan Bahasa Melayu pada ruangan menu di rangkaian restoran berkenaan.

Jelasnya, sebagai jenama tempatan, Oriental Kopi sentiasa menghormati Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

“Beri Kami Peluang Untuk Menambah Baik Menu” – Calvin Chan

Calvin memohon orang ramai memberi peluang kepada pihaknya untuk melakukan penambahbaikan mengenai isu menu berkenaan.

“Terima kasih banyak atas teguran dan pandangan yang diberikan. Kami amat menghargainya.

“Sebagai jenama yang lahir di Malaysia, kami sentiasa menghormati Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara kita.

“Kami mohon maaf atas kekurangan ini. Kami memang menghargai keprihatinan ini terhadap Oriental Kopi dan memberikan ruang serta peluang untuk membolehkan kami menambah baik dari aspek tersebut,” katanya.

View on Threads

Oriental Kopi Sebenarnya Dalam Proses Perkenal Menu Reka Bentuk Baharu Lengkap Dalam BM

Menerusi bebenang hantaran itu, beliau turut memaklumkan bahawa Oriental Kopi sebenarnya dalam proses memperkenalkan reka bentuk menu baharu yang turut tersedia dalam Bahasa Melayu.

“Kami dengan rendah hati memohon sedikit masa untuk melaksanakan penambahbaikan ini ya.

“Oriental Kopi adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan latar belakang. Kami akan terus berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia melalui makanan-makanan warisan negara kami.

“Terima kasih kerana membantu kami menjadi lebih baik!” katanya.

View on Threads

Reaksi Positif Founder Oriental Kopi Dapat Pujian Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji Calvin Chan kerana menerima teguran netizen terhadap penggunaan Bahasa Melayu dalam menu.

“Terima kasih Datuk. Tak sabar untuk pembukaan cawangan seterusnya dan semoga Oriental Kopi terus maju jaya dan terkenal seluruh dunia!” kata seorang netizen.

“Respect tengok pengasas dan pihak pengurusan bagi maklum balas positif. Harap Calvin boleh ambil tindakan dengan segera,” tambah seorang lagi pengguna Threads.

Image from: Netizen Persoal Menu Oriental Kopi Tak Ada Bahasa Melayu, Ini Respon Founder
Sumber: Threads

Mengaku Rakyat Malaysia Tetapi Utamakan Bahasa Negara Lain Berbanding BM – Pengguna Threads

Sebelum ini, pengguna Threads, Perak Oghang berkata, Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan tidak sepatutnya diabaikan dan dianggap seolah-olah ia adalah bahasa ketiga di Malaysia.

“Menu Oriental Kopi (ada) Bahasa Inggeris Cina je. Bahasa Kebangsaan diketepikan. Hanya di Malaysia, tak pernah lagi negara lain ada macam ni, Bahasa Kebangsaan jadi bahasa ketiga.

“Mengaku rakyat Malaysia tetapi tetap utamakan bahasa dari Tanah Besar dari bahasa tempat lahir sendiri,” katanya.

View on Threads

Malah dalam satu hantaran Oriental Kopi sebelum ini, ramai juga yang menyindir jenama berkenaan kerana mengakui berbangga menjadi jenama F&B (food and beverage) tempatan namun tidak menyertakan Bahasa Melayu di dalam menu makanan.

“Bangga jadi jenama Malaysia (tetapi) menu (dalam) Bahasa Inggeris dan Cina” kata seorang lelaki.

“Kalau Nak Bangga Sebagai Jenama Tempatan, Mungkin Menu Juga Perlu Cerminkan Kepelbagaian Negara” – Pelanggan Tetap Oriental Kopi

Sementara itu, seorang individu berkata dia sangat menggemari makanan dan minuman di Oriental Kopi, namun dia berpendapat bahawa kedai kopitiam itu sepatutnya menyertakan Bahasa Kebangsaan Malaysia memandangkan negara ini terdiri daripada pelbagai kaum.

“Saya suka kopi anda! Saya selalu datang semula ke outlet sebab kopi memang sedap. Jadi, komen ni datang daripada seorang peminat dan pelanggan tetap.

“Sekadar cadangan kecil daripada pelanggan, kalau kita nak bangga dengan identiti sebagai rakyat Malaysia, mungkin menu juga boleh lebih mencerminkan kepelbagaian negara kita.

“Malaysia mempunyai lebih dua kaum dan lebih daripada dua bahasa. Menu anda masih belum cukup menggambarkan kepelbagaian dan semangat sebenar rakyat Malaysia,” katanya.

View on Threads

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: Netizen Persoal Menu Oriental Kopi Tak Ada Bahasa Melayu, Ini Respon Founder
Image from: Netizen Persoal Menu Oriental Kopi Tak Ada Bahasa Melayu, Ini Respon Founder
Image from: Netizen Persoal Menu Oriental Kopi Tak Ada Bahasa Melayu, Ini Respon Founder
Image from: Netizen Persoal Menu Oriental Kopi Tak Ada Bahasa Melayu, Ini Respon Founder
Image from: Netizen Persoal Menu Oriental Kopi Tak Ada Bahasa Melayu, Ini Respon Founder
Sumber: Threads
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved