“Sebagai jenama yang lahir di Malaysia…” – Ditegur Tiada Bahasa Melayu Dalam Menu Oriental Kopi, Ini Reaksi Founder

LocalFood
14 Oct 2026 • 5:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

oriental kopi tiada bahasa melayu

Sebuah restoran kopitiam tempatan yang semakin mencipta nama menjadi perhatian susulan ditegur netizen apabila didakwa menu hidangan mereka mengabaikan penggunaan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan Malaysia.

Ia bermula apabila seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa apabila ketiadaan bahasa Melayu dalam menu restoran berkenaan, sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai kedudukan bahasa kebangsaan di negara ini.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, menu Chicken Hor Fun yang memaparkan penerangan dalam Bahasa Inggeris dan Cina sahaja.

Lebih mencuri perhatian, isu itu dibangkitkan selepas Oriental Kopi memuat naik hantaran yang meluahkan rasa bangga dengan statusnya sebagai jenama Malaysia.

Rata-rata netizen berpendapat penggunaan Bahasa Melayu tidak sepatutnya diabaikan, lebih-lebih lagi oleh jenama yang membawa identiti Malaysia.

848832868 17947927311345251 446668408224639583 n

Founder Oriental Kopi mohon maaf

Tidak berdiam diri, pengasas Oriental Kopi, Datuk Calvin Chan tampil memberikan respon dengan mengambil maklum segala teguran dan pandangan yang diberikan orang ramai.

Beliau turut memohon maaf atas kekurangan tersebut sambil menegaskan bahawa pihaknya sentiasa menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Menurut Calvin, pihaknya menghargai keprihatinan orang ramai dan berharap diberikan ruang serta peluang untuk melakukan penambahbaikan terhadap menu berkenaan.

“Kami mohon maaf atas kekurangan ini. Kami memang menghargai keprihatinan ini terhadap Oriental Kopi dan memberikan ruang serta peluang untuk membolehkan kami menambah baik dari aspek tersebut,” katanya.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: Hidang Makanan Guna Penyodok, Restoran Ini Jadi Tarikan Penduduk Setempat

Artikel berkaitan: Netizen Terharu Lihat Peminat China Tulis Kad Ucapan Dalam Bahasa Melayu Buat Shila Amzah

Dalam hantaran yang sama, Calvin turut mendedahkan bahawa pihaknya kini dalam proses memperkenalkan reka bentuk menu baharu yang turut disertakan terjemahan dalam Bahasa Melayu.

Beliau juga menegaskan pendirian syarikatnya adalah sebuah jenama untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa mahupun latar belakang.

Beliau berjanji pasukannya akan terus berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia melalui hidangan makanan warisan negara.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved