Netizen Persoal Peniaga Jual Ubat Secara Online & Dakwa Boleh Buang ‘Gemuk Air’

LocalHealth & Fitness
1 Oct 2025 • 3:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Klinik, hospital atau farmasi sering menjadi destinasi buat mereka yang mahu mendapat rawatan atau menyembuhkan penyakit.

Manakan tidak, itulah lokasi yang tepat bagi mendapat penawar atau ubat mengikut nasihat doktor atau ahli farmasi.

Jika salah cara pengambilan tanpa mengikut nasihat pakar, ia pasti memberi kesan sampingan kepada segelintir individu.

Namun entah mengapa, ada ubat yang dijual secara terbuka tanpa perlu mendapat preskripsi daripada pengamal perubatan.

Pengguna Dedah Ada Peniaga Jual Ubat Dalam Talian, Siap Claim Boleh Buang Lebihan & Gemuk Air

Semalam (30 September), kecoh di media sosial luahan seorang pengguna Threads yang risau melihat seorang individu menjual ubat dalam talian yang dikatakan tidak sesuai diambil oleh ramai sebaliknya perlu merujuk pegawai perubatan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @wherethetruth17, pengguna tersebut berkongsi tangkap layar sebuah kedai dalam talian yang menjual ubat yang dikenali sebagai Rasitol di mana bahan utamanya adalah Furosemide.

Apa yang menjadi perhatian adalah peniaga terbabit mendakwa ubat berkenaan berkesan untuk membuang lebihan dan gemuk air dan dijual dengan harga RM6.

“Ubat ini kalau dekat hospital nak bagi dekat pesakit pun tengok pelbagai sudut.

“Tekanan darahnya, result darahnya yang latest. Ini consumer makan dekat rumah. Siap suggest dua biji sehari. Bahayanya adik kakak. Karang dah kecundang sorang tu,” tulis pengguna tersebut.

Pembeli Tinggalkan Review, Ada Yang Berkesan Namun Ada Yang Jadi Lebih Teruk

Melalui perkongsian itu juga, terdapat tangkap layar beberapa pembeli yang telah mencuba ubat berkenaan.

Ada yang mendakwa ia berkesan untuk melawaskan kencing menyebabkan pembeli terbabit pergi ke tandas pada setiap 10 minit sekali.

Malah, pembeli itu juga berharap agar ubat yang dibeli berkesan untuk menurunkan berat badannya.

Ada Pembeli Dakwa Ubat Yang Diambil Tidak Sesuai

Namun, ada pembeli yang mendakwa ubat tersebut tidak sesuai dengan dirinya hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Ini kerana berat badannya turun dengan mendadak namun garam dalam badan hilang terlalu banyak.

Malah, pembeli itu turut menasihatkan orang ramai agar mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum pengambilan ubat berkenaan.

image is not available

Ramai Risau Individu Jual Ubat Online Tanpa Nasihat Doktor, Siap Ada Yang Tegur Peniaga

Perkongsian yang telah mendapat lebih 39,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa risau dengan tindakan peniaga yang menjual ubat secara dalam talian.

Malah, ada segelintir pengguna yang berani dan didakwa menegur seller tersebut namun dianggap mengacau periuk nasi peniaga itu.

Hasil semakan kami mendapati listing produk berkenaan sudahpun diturunkan daripada platform tersebut namun review pelanggan masih dapat dilihat.

image is not available

Ubat Furosemide Perlu Diambil Atas Nasihat & Saranan Doktor

Menurut seorang doktor perubatan, Azue Hamdan, ubat preskripsi seperti Furosemide atau juga dikenali sebagai Frusemide perlu diambil atas nasihat dan pengawasan doktor.

Jelasnya, ubat tersebut tergolong dalam kumpulan diuretik yang berfungsi untuk membantu buah pinggang menyingkirkan lebihan air dan garam daripada badan melalui air kecing.

Kebiasaannya, doktor akan memberi Furosemide bagi merawat keadaan kesihatan yang serius seperti kegagalan jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan Edema iaitu bengkak air.

Boleh Beri Kesan Sampingan Jika Diambil Tanpa Pemantauan

Malah, ia boleh memberi kesan sampingan jika diambil tanpa pemantauan seperti dehidrasi, tekanan darah rendah serta gangguan Electrolyte yang menyebabkan tahap kalium (sodium) dalam darah menjadi lebih rendah.

Tegas Dr Azue lagi, ubat berkenaan hanya untuk membuang berat air namun bukan lemak badan.

Penurunan berat pula dilihat bersifat sementara dan hanya akan kembali jika minum seperti biasa.

Bukan itu sahaja, pengambilan Furosemide bukan kaedah yang sihat atau mampan untuk pengurusan berat badan.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Ya Allah Furosemide Dijual Online Jadi Ubat Kencing”

image is not available

“Furosemide Ini Ubat Untuk Orang Yang Ada Edema, Bengkak-Bengkak Air Badan, Tapi Makannya Sekejap Je”

image is not available

“Suami Saya Makan Ubat Ini Bila Perlu Sebab Dia Pernah Kena Paru-Paru Berair”

image is not available

“Macam Mana Dia Boleh Dapat Stock Frusemide? Adakah Dia Kerja Dekat Farmasi & Tibai Stock Untuk Dijual”

image is not available

Source: